PENGENALAN
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Lembaga Zakat Selangor telah meluluskan Pengemaskinian Fatwa Pengurusan Kutipan Zakat pada 4 November 2015. Secara ringkas terdapat pindaan, perincian dan penambahan dalam perkara-perkara berikut:
Implikasi hutang ke atas zakat
Pelaksanaan Kaedah Gabungan Nisab Emas (Harta/Pendapatan Berdasarkan Emas)
Pembahagian Akad Tidak Patuh Shariah Kepada Akad Batil dan Akad Fasid.
Taksiran Simpanan Polisi Takaful/Insuran.
Taksiran Zakat Wang – Baki Akhir (Hujung Haul).
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – Isu Tasfiyyah.
Jenis-jenis Harta Zakat al- Mal al-Mustafad.
Cara Kiraan Format Taksiran Zakat Pendapatan.
Dengan perubahan fatwa tersebut, terdapat perubahan dalam kaedah pengiraan zakat harta di Lembaga Zakat Selangor. Format kiraan bagi zakat pendapatan, simpanan, emas dan sebagainya akan menggabungkan nisab bagi pengiraan zakat yang lebih tepat dari sudut syariah. Pengemaskinian Fatwa Pengurusan Kutipan Zakat terbaru ini boleh di muat turun melalui pautan di bawah.
BILA TARIKH BERKUATKUASA FATWA BARU INI?
Fatwa baru ini akan berkuatkuasa di seluruh Negeri Selangor bermula 15 April 2016.
APA PERUBAHAN KEPADA KIRAAN ZAKAT?
Terdapat beberapa penambahan dan perubahan pada kiraan zakat. Ia boleh diringkaskan secara berikut:
Semua jenis harta yang mempunyai ‘illah yang sama dengan emas akan dicampurkan keseluruhannya untuk tujuan kiraan zakat.
Contohnya kiraan jumlah simpanan di Tabung Haji, wang simpanan di semua bank dan jongkong emas akan digabungkan bagi tujuan kiraan zakat.
Terdapat 2 pembahagian untuk harta/pendapatan iaitu tanpa syarat haul dan dengan syarat haul. Kedua-duanya akan digabungkan nisab bagi tujuan kiraaan zakat
Kiraan zakat pendapatan akan menggunakan kaedah kiraan berbeza daripada sebelum ini.
Kiraan baru akan menggunakan pengiraan yang bakal kami tunjukkan di bawah ini.
KIRAAN ZAKAT
Berikut adalah pengiraan zakat baru yang menggabungkan nisab. Ia akan digunakan di LZS bermula 15 April 2016.
DOWNLOAD FATWA PENUH
Sila muatturun fatwa lengkap dan terbaru berhubung kutipan zakat di LZS untuk mendapatkan maklumat perubahan dan pindaan terhadap fatwa kutipan zakat sedia ada.
Pindaaan, perincian dan penambahan dalam Fatwa Pengurusan Kutipan Zakat yang diluluskan pada 4 November 2015 ini memberi implikasi terhadap beberapa perubahan penting yang terdapat pada kiraan zakat sebelum ini.
Download Fatwa Baru Sekarang!SOALAN LAZIM
Taksiran zakat negeri Selangor yang berasaskan nisab adalah lebih menyeluruh dan terperinci sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak. Manakala kiraan zakat di negeri lain masih patuh syariah tetapi kurang tepat dan tidak menyeluruh.
Oleh kerana kiraan baru ini difatwakan kewajipannya pada tahun 2015, maka umat Islam tidak wajib untuk menunaikannya bagi tahun sebelum 2015 dan tidak perlu di qada’.
Kaedah kiraan baru sebenarnya tidak ada beza dengan kaedah kiraan lama. Kaedah kiraan lama masih terpakai jika pembayar hanya ada satu bentuk harta sahaja untuk dizakatkan. Penggunaan kaedah baru ini diperkenalkan untuk mengelakkan pembayar yang mempunyai harta berasaskan nisab emas tapi di bawah nisab dikecualikan dari zakat walhal jika dicampurkan kesemuanya ianya melebihi nisab dan wajib dizakatkan.
Ya, melalui kiraan baru ini anda masih boleh mendapatkan jumlah zakat pendapatan sahaja.
Ya, keseluruhan zakat ini masih boleh mendapat rebat.
Zakat potongan gaji adalah untuk pendapatan sahaja. Anda boleh memilih untuk menggunakan taksiran baru atau taksiran zakat pendapatan yang lama kerana harta yang hendak dizakatkan adalah zakat pendapatan sahaja dan jumlah taksirannya akan sama. Jika ada harta lain hendak dizakatkan sekali maka kaedah taksiran baru adalah lebih tepat untuk digunakan.
Kaedah kiraan zakat lama tidak meyeluruh dan kurang tepat. Anda dinasihatkan supaya menggunakan kaedah kiraan baru yang lebih terperinci dan menyeluruh supaya tiada keciciran ketika mengira zakat harta anda.
PERTANYAAN? SILA HUBUNGI KAMI
EN. WIRA B. MUSTAFA l 019 3880591 l wira@e-zakat.com.my (Pengurus)
EN. MOHD HATTA B. ZAINAL ABIDIN l 019 3880 573 l hatta@e-zakat.com.my (Eksekutif Majikan)
EN. MOHAMAD SHAKOR B. SULAIMAN l 019 2717719 l shakor@e-zakat.com.my (Eksekutif Majikan)
EN. MOHD SABRI B. MOHD NOOR l 019 3127749 l sabrimn@e-zakat.com.my (Eksekutif Majikan)
PN. NORHAZIRAH BT. AHMAD l 012 6296791 l hazirah@e-zakat.com.my (Eksekutif Majikan)
PERHATIAN : WANG ZAKAT YANG TELAH DIBAYAR KE LEMBAGA ZAKAT SELANGOR TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN SEMULA.