LZS DEKATI PESAKIT HOSPITAL HTAR

0
713

KLANG, 1 April 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Sosial Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Unit Hal Ehwal Islam HTAR mengadakan program Tautan Mahabbah bertempat di HTAR di sini. 

Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara LZS dengan pihak hospital, selain mendekati dan menziarahi para pesakit yang berada di situ. Dalam program tersebut, LZS turut menyampaian sumbangan hamper kepada 200 orang pesakit di Wad 8A dan 8B.

Antara aktiviti lain yang diadakan bersempena dengan program tersebut termasuklah ceramah zakat dan kesihatan, di samping perkhidmatan Kaunter Bergerak LZS untuk urusan kutipan zakat dan permohonan agihan zakat. 

Dalam program yang sama, seramai empat orang individu turut menerima agihan zakat bagi bantuan perubatan dan dialisis berjumlah RM62,812.

Turut hadir, Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Setia Diraja Dato’ Abdul Ghani Pateh Akhir dan Pengurus Wilayah LZS, Zaidi Rasid.