NOORFARAH HIDAYAH PEMENANG BULAN PERTAMA KEMPEN EZAKAT ONLINE

0
964

SHAH ALAM, 5 Ogos 2015 – Noorfarah Hidayah Ramlan dari Kajang terpilih sebagai pemenang cabutan bulanan bagi cabutan bulan pertama sempena Kempen eZakat Online (eZO). Cabutan pemenang bulanan pertama ini disempurnakan oleh Pengurus Besar Pejabat Kutipan, Roszy Non melalui e-cabutan pagi tadi.

Kemenangan ini melayakkan beliau menerima baucer bernilai RM500.

pemenang ezo

Kempen eZakat Online telah berlangsung bermula 18 Jun 2015 hingga 18 Nov 2015. Ia bertujuan mengajak pengeluar zakat mendaftar di eZakat Online bagi membolehkan mereka menyemak maklumat bayaran zakat sepanjang tahun, mengemas kini maklumat individu, mencetak penyata zakat dan menunaikan zakat melalui e-zakatpay.

Melalui kempen ini, mereka yang mendaftar di eZakat Online dan menunaikan zakat harta atau fitrah secara talian sepanjang tempoh kempen berlangsung, berpeluang memenangi hadiah bulanan bernilai RM500 secara e-cabutan. Pemenang akan dipilih melalui tiga kali e-cabutan bulanan sebelum kemuncak kempen eZakat Online ini.

Ia menawarkan hadiah utama berupa pakej umrah, di samping hadiah pakej pelancongan bagi tempat pertama dan kedua serta gajet untuk pemenang tempat ketiga. Manakala hadiah saguhati turut disediakan kepada 30 pemenang lain.

Bagi mereka yang ingin menyertai kempen ini boleh layari www.zakatselangor.com.my/ezo.