ZAKAT RINGANKAN BEBANAN ADIK HARIS

0
157

BUKIT BERUNTUNG, 11 September 2015 – Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Inilah kisah Rohaizat Ashikin, menanggung anaknya Mohd Harris Asraf, dua tahun yang menderita masalah usus sejak kecil.

Rohaizat yang dahulu bekerja sebagai pemandu teksi sewa terpaksa berhenti apabila tidak mampu membayar sewaan teksinya. Beliau tidak dapat menumpukan kepada pekerjaan disebabkan masalah anaknya itu selain turut menanggung empat orang anak lagi.

Melihat kekangan yang dihadapi, Lembaga Zakat Selangor (LZS) tampil menyantuni keluarga ini bagi mengurangkan bebanan yang ada. Keluarga Rohaizat telah dibantu sebagai asnaf miskin sejak tahun 2013 lagi.

bersamamu

Antara bantuan zakat yang disalurkan ialah pembiayaan hutang teksinya, diikuti dengan bantuan kewangan bulanan, makanan bulanan, pendidikan, bantuan persiapan hari raya, tunggakan bil hospital dan perubatan.

Terkini,  LZS turut meluluskan bantuan bagi pembelian rumah kos rendah untuk mereka di Bukit Beruntung, Rawang. Semoga bantuan yang disalurkan dapat membantu keluarga Rohaizat dalam mendepani kehidupan seterusnya.  Keluarga ini  turut dapat mendapat liputan daripada TV3 di Program Bersamamu yang akan disiarkan tidak lama lagi.