ZIARAH PENGURUSAN MEDIA SOSIAL JAKIM

0
477

PUTRAJAYA, 6 Oktober 2015  – Lembaga Zakat Selangor (LZS)  mengadakan lawatan kerja ke Seksyen Komunikasi Korporat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  (JAKIM) dekat sini bagi berkongsi pengalaman tentang kaedah pengurusan media sosial organisasi berkenaan.

Kunjungan yang disertai oleh 13 orang warga kerja LZS ini telah disambut oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Inovasi & Ketamadunan, Bahagian Dakwah JAKIM, Haji Hazarudin Haji Baharudin.

20151006_112608

Turut hadir, Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Norajun Ainun Mohd Hashim, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Komunikasi Korporat, Norzaidan Hamad dan Penolong Pengarah Cawangan Maklumat, Muhammad Faizal Mohd Akhir.