SHAH ALAM, 16 Disember 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima Anugerah  Inovasi Zakat Terbaik (Kutipan) peringkat kebangsaan di Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Zakat dan Karnival Usahawan Asnaf Kebangsaan 2015 pada 8 Disember bertempat di Dataran Pusat Islam Melaka.
Anugerah ini disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Wira Haji Yaakub Md. Amin kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali.
Selain LZS, enam lagi anugerah turut disampaikan kepada penerima yang dipilih oleh Jawatankuasa Anugerah Zakat Kebangsaan, iaitu:
- Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan (Akademik) yang diberikan kepada YBrs. Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramli dari negeri Perak;
- Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan (Usahawan) yang diberikan kepada Encik Mohd Noh bin Zaini dari negeri Johor;
- Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan (Usahawan Khas) yang diberikan kepada Encik Zulkapli bin Ahmad dari negeri Kelantan;
- Anugerah Zakat Kebangsaan (Syarikat GLC) yang diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka;
- Anugerah Zakat Kebangsaan (Syarikat Sendirian Berhad) yang diberikan kepada Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. dari negeri Melaka;
- Anugerah Zakat Kebangsaan (Syarikat Awam Berhad) yang diberikan kepada Far East Holdings Berhad dari negeri Pahang.
Bersempena dengan Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2015 ini juga, turut diadakan Karnival Usahawan Asnaf 2015 peringkat kebangsaan dengan menghimpunkan para usahawan asnaf zakat dari seluruh negari bagi tujuan promosi dan jualan produk asnaf zakat negeri masing-masing