SABAK BERNAM, 29 Jan 2016 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan Seminar Pengurusan Zakat bagi berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan zakat melibatkan kira-kira 200 orang peserta bertempat di Politeknik Sultan Idris Shah di sini hari ini.
Program berbentuk didikan awal oleh LZS kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ini bertujuan memberi pendedahan kepentingan pengurusan kewangan agar kita boleh menunaikan zakat. Ia mensasarkan pelajar dalam pengajian Ekonomi Islam sebagai peserta. Antara pengisian seminar adalah perkongsian pengalaman bersama Eksekutif Dakwah LZS, Hamizul Abdul Hamid dan forum bertajuk Pembangunan Zakat dan Kesannya Terhadap Ekonomi Islam.
Program dimulakan dengan mengadakan aktiviti Tahsinul Ibadah pada malam 28 Januari yang mensasarkan kepada anak-anak asnaf yang belajar di sini. Hampir 600 orang peserta menyertai program ini yang berkisar berkaitan peranan remaja Islam.