BANGI, 27 Julai 2016 – Kisah viral adik Noraisya, 6 tahun yang menghidap penyakit hydrocephalus (penyakit kepala berair) sejak usia tujuh bulan baru-baru ini telah mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor).
Ibunya, Nasnawati Aswi terpaksa membesarkan Noraisya dan seorang lagi anaknya bersendirian setelah suami hilang tanpa tiada perkhabaran berita lebih enam bulan lepas. Demi kelangsungan hidup, Nasnawati membuat kerja sampingan dengan memotong getah bagi menampung kos keperluan hidup.
Melihat kepada keadaan terdesak ini, Zakat Selangor menghulurkan bantuan segera berjumlah RM500, barangan keperluan berupa lampin pakai buang dan susu serta beras untuk mereka. Selain itu, keluarga ini turut menerima bantuan lain seperti sewa rumah, kewangan bulanan bagi meringankan beban, di samping bantuan katil bagi keselesaan adik Noraisya.
Semoga dengan bantuan Zakat Selangor dan masyarakat setempat ini dapat meringankan beban keluarga adik Noraisya.