TULAR KELUARGA MISKIN JUAL BAJA DI SG BULOH

0
328

SUNGAI BULOH, 17 Februari 2017 – Kisah keluarga yang menetap di tepi jalan Sungai Buloh dan ditemui oleh seorang rakan media sosial mendapat perhatian masyarakat baru-baru ini.

Keluarga Masridah Mansor merupakan asnaf miskin yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor. Masridah mempunyai empat orang anak dan menyara kehidupan dengan menjual baja. Mereka telah menerima pelbagai bantuan zakat termasuklah bantuan kewangan bulanan.

Untuk makluman, keluarga ini telah beberapa kali dipujuk untuk berpindah ke lokasi yang lebih selesa, namun ditolak atas alasan memelihara haiwan ternakan. Kesannya, mereka tidak mempunyai kemudahan bekalan air dan elektrik kerana rumah yang didiami berada di tanah bukan milik.

Sehubungan itu bagi memastikan keluarga ini mendapat kehidupan yang lebih sempurna, Zakat Selangor terus berusaha mengajak keluarga ini berpindah ke tempat yang lebih baik.