FREEMARKET LZS DAPAT SAMBUTAN RAMAI

0
289

SHAH ALAM, 13 Mei 2017 – Program Freemarket anjuran Lembaga Zakat Selangor bersempena dengan kedatangan Ramadan ini mendapat sambutan ramai apabila lebih 400 pengunjung memenuhi perkarangan Zakat Selangor bagi memberi dan menerima sumbangan antaranya pakaian dan buku-buku terpakai serta makanan. 

 Program ini merupakan siri kelima sejak diperkenalkan pada tahun 2014, memberi peluang peluang kepada golongan yang memerlukan terutamanya asnaf fakir dan miskin menerima sumbangan orang ramai. 

thumb_20170513_090100_1024

Menurut Ketua Divisyen Komunikasi Korporat dan Perhubungan Stakeholder, Norajun Ainun Mohd Hashim, “Kami turut menerima sumbangan keperluan asas berupa beras, gula dan minyak masak daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Seksyen 13, Shah Alam.”

thumb_20170513_085915_1024

“Sumbangan yang kami terima kali ini amat luar biasa berbanding tahun sebelumnya. Selain daripada pakaian terpakai ada juga individu yang menyumbang lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Malah, ramai juga penyumbang yang walk-in menghantar barang-barang mereka di program ini.”

Program Freemarket LZS diadakan dua kali setahun melibatkan edisi Ramadan dan edisi akhir tahun.