Juraida, 33 tahun kini mengharapkan pendapatan suami sekitar RM1,500 sebulan termasuk untuk menyara empat orang anaknya yang berusia tujuh, lima, empat dan satu tahun. Dengan pendapatan itu juga digunakan untuk membayar sewa rumah mereka sebanyak RM500 sebulan.
Sebelum ini Juraida dan suami bekerja di kilang yang sama, namun kehilangan pekerjaan pada bulan Mac lalu berikutan kilang menghentikan operasi. Disebabkan keadaan ibunya yang tidak sihat kebelakangan ini, Juraida mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah untuk menguruskan kedua-dua ibu bapa dan anak-anaknya.
Untuk makluman, Juraida sebelum ini pernah memohon bantuan sebagai asnaf fakir dan miskin dengan Zakat Selangor pada tahun 2016, namun permohonan tersebut tidak berjaya. Hal ini kerana beliau dan suami masih bekerja dan pendapatan isi rumah pada ketika itu melebih haddul kifayah (garis penentuan asnaf fakir dan miskin), di samping keadaan ibunya yang masih sihat.
Hasil maklumat yang disalurkan, Zakat Selangor telah menziarahi keluarga tersebut. Berdasarkan siasatan yang dijalankan, mendapati kesempitan hidup keluarga yang dihadapi baru-baru ini menyebabkan mereka tidak mampu untuk menyediakan keperluan seperti lampin pakai buang dan susu khas untuk ibu dan bapanya seperti saranan pihak doktor.
Justeru itu Zakat Selangor akan menyalurkan bantuan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga Juraida seperti Bantuan Sewa Rumah dan juga Bantuan Perubatan untuk Ibu & Bapa beliau.
Sementara bantuan lain akan disalurkan berdasarkan kepada keperluan dan syarat kelayakan.