MENJEJAKI & SEMAKAN SEMULA KELAYAKAN ASNAF

0
530
PUCHONG, 17 Ogos 2017 – Lembaga Zakat Selangor daerah Petaling hari ini mengadakan program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) dan Semakan Semula Asnaf Fakir, Miskin serta Mualaf bagi kawasan perkampungan Orang Asli Sungai Rasau Hilir, Batu 14 Puchong.
Sebanyak 32 buah rumah yang terlibat dalam program kali ini. Hasil siasatan, tiga buah keluarga layak disenaraikan sebagai asnaf fakir, enam buah keluarga sebagai asnaf miskin dan dua buah keluarga layak untuk disalurkan bantuan di bawah peruntukan asnaf mualaf. Mereka yang dikenal pasti ini akan disantuni oleh Zakat Selangor dengan bantuan zakat berdasarkan keperluan semasa keluarga tersebut.
Manakala keluarga lain tidak layak disenaraikan berikutan pendapatan isi rumah melebihi kadar had kifayah, di samping mempunyai sumber kewangan dan harta yang mencukupi.
20882303_10155475324851221_5051158140014034888_n
Melalui program turun padang yang diadakan ini, lapan buah rumah asnaf fakir, miskin dan mualaf telah dikenal pasti dan dicadangkan untuk dibaik pulih melalui peruntukan wang agihan zakat.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada penggerak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan penolong amil kariah (PAK) masjid berkenaan.