ZIARAH ASNAF DITIMPA MUSIBAH

0
299

BANDAR SAUJANA PUTRA, 20 November 2017 – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang dihadapi oleh keluarga Yuslina Yunus. Beliau kini berada di Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan buah pinggang tahap empat dan menghidapi masalah jantung. Manakala ayah beliau pula terlantar di rumah akibat stroke.

Lebih memilukan dua orang anak beliau, adik Haziq yang berumur 6 dan adik Harraz, 8 terpaksa mengambil alih tugas untuk menjaga datuknya.

Bertindak atas laporan Penolong Amil Kariah di kawasan berkenaan, Lembaga Zakat Selangor cawangan Kuala Langat segera menziarahi keluarga tersebut untuk melihat keperluan.

Daripada semakan rekod Zakat Selangor, keluarga Yuslina merupakan asnaf berdaftar di Zakat Selangor. Insya Allah bantuan lanjut yang bersesuaian dengan keperluan keluarga ini akan menyusul selepas ini.

Untuk makluman, kisah ini turut viral melalui whatsapp yang dikongsikan oleh guru tentang anak muridnya dalam kesusahan.