RM1.4 JUTA INSENTIF TAMBAHAN PROGRAM KASIHKU UNTUK PELAJAR IPT FAKIR & MISKIN

0
381

SHAH ALAM, 1 Februari 2018 – Seramai 4,748 pelajar asnaf fakir dan miskin Lembaga Zakat Selangor di Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerima insentif Bantuan Wang Saku Tambahan Program Kasihku dengan jumlah agihan zakat sebanyak RM1,424,400.00.

Ia merupakan wang zakat agihan semula syarikat korporat terlibat dalam program Kasihku Zakat Selangor yang prihatin dengan keperluan pelajar asnaf di IPT, di mana setiap pelajar menerima bantuan sebanyak RM300. Bantuan tersebut telah dikreditkan ke akaun pelajar bermula pada awal Januari lalu.

Untuk makluman, Zakat Selangor memperkenalkan program ‘Kasihku Zakat Selangor’ bagi memberi ruang kepada pengeluar zakat terutama dalam kalangan syarikat korporat bersama-sama menyantuni penerima zakat di Selangor yang semakin meningkat.

Wang zakat ini akan disalurkan berdasarkan empat pakej utama yang ditawarkan oleh ‘Kasihku Zakat Selangor’ iaitu pakej bantuan pendidikan, bantuan modal, bantuan perubatan dan bantuan sosial.