RUMAH BARU UNTUK KELUARGA MUHAMMAD NOR

0
388

SHAH ALAM, 11 Jun 2018 – Berikut maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan berita yang tersiar di Sinar Harian bertajuk ‘Rayu Percepat Bina Rumah’ baru-baru ini.

Berdasarkan kepada rekod mendapati keluarga Muhammad Nor Sabirin merupakan asnaf miskin yang berdaftar dengan LZS sejak Mac 2018. Sejak itu, keluarga ini telah disantuni dengan bantuan perubatan secara berkala untuk anaknya dan terkini adalah bantuan Hari Raya berjumlah RM1,000.WhatsApp Image 2018-06-12 at 3.05.49 PM

Untuk makluman pada Julai tahun lepas, rumah yang didiami oleh keluarga Muhammad Nor telah ditimpa musibah kebakaran. Pada masa itu LZS telah menyalurkan sumbangan zakat berjumlah RM5,000. Setelah beliau didaftarkan sebagai asnaf miskin di daerah Sabak Bernam, Muhammad  Nor telah memohon bantuan pembinaan rumah baru dan permohonan tersebut diluluskan pada bulan Mei 2018.

Perlantikan kontraktor telah dilakukan pada bulan Jun 2018 dan kerja pembinaan dijangka akan bermula selepas cuti Hari Raya dan akan selesai pada bulan Oktober ini. LZS berharap dengan pembinaan rumah baru ini akan dapat meringankan beban dan menceriakan keluarga Muhammad Nor.