LZS PINDAHKAN WARGA EMAS MUALAF

0
231
PETALING JAYA, 4 Julai 2017 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini membantu seorang warga emas mualaf, Amira Abdullah, 68 tahun yang tinggal bersendirian untuk ditempatkan di  Pusat Perlindungan Mualaf LZS (Baitus Salam), Shah Alam.
Amira yang memeluk Islam sejak setahun lepas, sebelum ini menyewa sebuah bilik berharga RM150 sebulan di Apartment Desa Mentari, Petaling Jaya. Beliau yang kematian suami lima tahun lalu, tinggal bersendirian setelah tidak dipedulikan oleh anak-anaknya.
Berikutan usia dan masalah kesihatan yang dihadapi menyebabkan Amira tidak mampu untuk menguruskan diri bersendirian.
Prihatin dengan kesulitan beliau, LZS mengambil inisiatif menempakan Amira di Baitus Salam. Selain itu, LZS turut menyalurkan bantuan bulanan berjumlah RM300 sebulan dan bantuan daripada SOCSO.
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung disamping dapat mendalami Islam dengan lebih dekat.