• Agihan Zakat
  • Muallaf
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Pelaburan
  • Zakat Emas & Perak
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat KWSP
  • Hutang
  • Gabungan Nisab Emas
  • Takaful
  • Qada Zakat
Expand All | Collapse All
  • 1. Adakah orang tua/ OKU/ ibu tunggal tergolong dalam asnaf fakir atau miskin?
     

    Orang tua, OKU dan ibu tunggal bukan ciri-ciri penerima zakat, sebagaimana dijelaskan di dalam Al-Quran. Mereka layak menerima zakat jika sekiranya tergolong sebagai fakir atau miskin. Akan tetapi jika mereka mempunyai harta atau pendapatan, atau mempunyai waris/keluarga yang mampu menampung keperluan asasi mereka, maka tidak layak menerima zakat.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 11701 Times
  • 2. Adakah anak yatim tergolong dalam asnaf fakir atau miskin?
     

    Tidak, kecuali jika ibu/ bapa/ penjaga tergolong dalam golongan fakir atau miskin.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 6509 Times
  • 3. Adakah bantuan yang diterima bersifat kekal dan boleh diwarisi?
     

    Tidak, bantuan yang diterima hanya bersifat sementara dan tidak boleh diwarisi kecuali jika berlaku kematian suami, maka penama tersebut boleh ditukar kepada nama isteri.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 6280 Times
  • 4. Berapakah jumlah bantuan zakat yang diberikan?
     

    Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seseorang pemohon yang layak adalah berbeza mengikut jenis bantuan dan kadar yang ditetapkan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 9454 Times
  • 5. Bolehkah saya memohon lebih daripada satu permohonan?
     

    Ya boleh, tetapi tertakluk kepada syarat dan kelayakan pemohon.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 6901 Times
  • 6. Adakah saya boleh memohon bantuan bantuan lain, sekiranya saya bukan lagi asnaf fakir atau miskin?
     

    Ya, sebagai contoh bantuan umum pelajaran dalam asnaf Fisabilillah, bantuan rawatan dalam Asnaf Gharimin dan lain-lain bantuan degan syarat memenuhi kriteria dan kelayakan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 7416 Times
  • 7. Adakah saya layak memohon bantuan daripada LZS sekiranya saya telah menerima bantuan daripada agensi/pihak lain?
     

    Ya, permohonan tersebut boleh dipertimbangkan berdasarkan syarat dan kelayakan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 6564 Times
  • 8. Adakah institusi zakat bertanggungjawab membiayai pengajian anak-anak asnaf Fakir Miskin sehingga ke peringkat sarjana/ ijazah kedoktoran? Adakah pendidikan 'pasca siswazah' ini boleh diklasifikasikan sebagai menampung keperluan asasi (Had Kifayah) fakir/miskin atau bagaimana? Adakah pengajian pasca siswazah dianggap sebagai dharuriyyah atau sekadar tahsiniyyah?
     

    Para fuqaha telah berittifaq bahawa zakat perlu diagihkan kepada fakir miskin bagi memenuhi keperluan asasi kehidupan mereka. Keperluan asasi fakir dan miskin yang perlu dipenuhi menurut pandangan syarak dalah: perlindungan, makan, kesihatan, pakaian, pengangkutan dan pendidikan. Perkara-perkara asas ini diistilahkan oleh ulama sebagai ‘ad-Dharuriyyah’.

    Pendidikan adalah termasuk salah satu keperluan asasi Had Kifayah yang diambil kira dalam pemberian zakat kepada fakir dan miskin. Keperluan asasi pendidikan ini merangkumi pendidikan keseluruhan ahli keluarga fakir miskin termasuk anak-anak dan tanggungan mereka.

    Oleh kerana ad-Dharuriyyah adalah asas yang diletakkan oleh syarak dalam pemberian zakat, maka pendidikan yang perlu dibiayai oleh dana zakat adalah keperluan pendidikan yang asasi sahaja untuk fakir dan miskin. Pendidikan asasi bagi seseorang itu adalah pendidikan yang bermula dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pendidikan di peringkat ijazah sahaja.

    Adapun pengajian di peringkat sarjana/ijazah kedoktoran atau ‘pasca siswazah’ adalah dianggap sebagai tahsiniyyah tanpa menafikan kepentingan menyambung pengajian di peringkat tersebut.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 5298 Times
  • 9. Apabila anak asnaf telah memiliki ijazah dan mampu bekerja, anak-anak asnaf tersebut bukan lagi asnaf miskin. Sekiranya mereka boleh dibantu oleh zakat dibawah asnaf fisabilillah, atau bagaimana?
     

    Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu melihat terlebih dahulu pandangan para ulama tentang tanggungjawab nafkah ibubapa kepada anak-anak. Secara umumnya, Islam meletakkan tanggungjawab nafkah anak ke atas bahu ibu bapa mereka. Firman Allah SWT bermaksud:

    “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun penuh, jika mereka ingin menyempurnakan penyusuan. Dan menjadi kewajipan ke atas bapa untuk memberikan (nafkah) makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang baik.” (al-Baqarah :233)

    Imam al-Mawardi menyebutkan, walaupun ayat ini hanya menyebutkan bahawa ibu yang menyusukan anak wajib diberi nafkahnya oleh bapa, akan tetapi ia juga bermaksud bahawa nafkah anak juga adalah wajib ditanggung oleh bapanya, bahkan ia lebih utama. Ulama sepakat bahawa selagi anak masih kecil, maka ibu bapa wajib menanggung nafkahnya.

    Walau bagaimanapun, mereka khilaf, setakat manakah kewajipan nafkah tersebut perlu dilaksanakan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka? Adakah sehingga mereka akil baligh, atau sehingga mereka dewasa? Atau sehingga mereka berkahwin.

    Fuqaha khilaf dalam masalah ini kepada dua pendapat :

    Jumhur (Maliki, Hanafi , Hambali & salah satu pendapat as-Syafi iyyah) – Bagi anak lelaki, kewajipan nafkah ibu bapa gugur apabila anak telah mencapai umur dewasa dan mampu bekerja untuk mencari nafkah sendiri serta sudah tidak bergantung kepada ibu bapanya. Adapun bagi anak perempuan, kewajipan nafkah tidak gugur selagi ia belum berkahwin, walaupun anak perempuan mempunyai pekerjaan dan mampu menyara diri sendiri. Kewajipan nafkah ke atasnya gugur hanya apabila ia berkahwin.
    Pendapat paling asoh dalam Mazhab Syafie. Tanggungjawab nafkah gugur apabila anak sudah mencapai umur baligh, tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan. Pendapat yang paling rajih adalah pendapat jumhur.
    Kesimpulannya, walaupun terdapat dua pendapat, namun kedua-duanya memberi maksud bahawa kewajipan nafkah ibu bapa kepada anak adalah bukan selama-lamanya. Ia berakhir apabila anak telah mencapai suatu tempoh atau tahap tertentu.

    Oleh itu, jika anak asnaf telah memiliki ijazah dan layak bekerja, maka ia wajib untuk mencari pekerjaan bagi membantu ibu bapanya yang miskin. Anak-anak asnaf tersebut tidak boleh dianggap sebagai fakir dan miskin walaupun ibu bapanya fakir atau miskin. Bahkan jika anak itu bekerja dan memiliki harta dan kekayaan, ia wajib memberi nafkah kepada ibu bapanya yag miskin atau tiada harta dan pekerjaan.
    Ibnu Munzir meriwayatkan dalam kitab al-Mughni: “Telah Ijma ahli-ahli ilmu bahawa nafkah ibubapa yang fakir dan tiada pekerjaan atau harta adalah menjadi tanggungjawab anak-anaknya.”

    Tidak sepatutnya anak mendapatkan peruntukan asnaf fakir dan miskin untuk membiayai keperluan hidupnya (termasuk belajar) kerana kemiskinan ibu bapanya. Namun, jika anak tersebut telah bekerja, tetapi dalam masa yang sama ingin menyambung pengajian yang lebih tinggi, ia boleh memohon bantuan zakat di bawah asnaf fi sabilillah sekiranya cukup syarat-syarat.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 4390 Times
  • 10. Kita lihat pelbagai usaha telah dilaksanakan tetapi masih terdapat masyarakat yang mengatakan pengagihan tidak sampai kepada golongan sasaran, apakah tindakan selanjutnya bagi mengurangkan masalah ini?
     

    LZS menggunakan pelbagai medium dan mendapatkan kerjasama pelbagai pihak bagi menangani masalah ini dan mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan:

    Mengadakan bancian setiap tiga tahun sekali dan semakan semula pada setiap tahun.
    Menggunakan garis penentuan fakir miskin iaitu had al-kifayah.
    Mendapatkan kerjasama pihak yang hampir dan mengenali penduduk iaitu dari kalangan penghulu mukim, ketua kampung, pengerusi jawatankuasa penduduk, JKKK dan Jawatankuasa Masjid.
    Mendapatkan maklumat dari pihak sekolah, mendapatkan maklumat daripada NGO, orang persendirian, media dan sebagainya.
    Mendapat kerjasama daripada lebih 1,500 orang penolong amil kariah yang terdiri daripada jawatankuasa masjid dan surau untuk menyampaikan maklumat mereka yang berada di dalam kesusahan kepada LZS.
    Menyediakan kaunter zakat di seluruh Selangor untuk memudahkan urusan permohonan bantuan. LZS juga menyediakan kaunter bergerak untuk memudahkan urusan mereka yang berada jauh dari lokasi Cawangan Zakat Selangor.
    Menyediakan perkhidmatan talian khidmat pelanggan di 1-300-88-4343 untuk masyarakat menyampaikan maklumat berkaitan kemiskinan dan pertanyaan berkaitan permohonan yang dipohon.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 2496 Times
  • 11. Apakah syarat-syarat untuk melayakkan mereka menerima bantuan?
     

    Kriteria yang melayakkan mereka sebagai asnaf fakir dan miskin ialah:

    Menepati takrifan asnaf fakir atau miskin
    Pendapatan isi rumah melebihi Had Al-Kifayah sebagaimana yang telah ditentukan oleh pihak Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Selangor.
    Menepati Garis Panduan dan Syarat Kelayakan Agihan Zakat serta Pekeliling yang dikeluarkan oleh LZS.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 8656 Times
  • 12. Apakah usaha yang dilaksanakan bagi memastikan pengagihan zakat yang lebih cekap, telus dan adil?
     

    Agihan zakat yang dilaksanakan di Selangor hanyalah untuk lapan asnaf yang wajib yang telah tertulis di dalam al-Quran. LZS tidak mengagihkan zakat kepada mereka yang bukan asnaf zakat.
    Semua agihan zakat di Selangor adalah mengikut Fatwa yang telah diluluskan dan dipantau oleh Jawatankuasa Agihan untuk memastikan ketelusan agihan zakat.
    Setiap jenis bantuan yang disalurkan dibuat kajian keberkesanannya bagi memastikan penambahbaikan bantuan dari masa ke semasa terutamanya.
    Setiap bantuan agihan zakat yang akan diberikan mempunyai peringkat kelulusan pelbagai pihak bagi memastikan ianya telus.
    Sentiasa mengemaskini dan melakukan penambahbaikan terhadap proses penyaluran bantuan dari semasa ke semasa, bagi memastikan kecekapan pengurusan agihan zakat.
    Pengauditan meliputi Audit Dalaman LZS (MAIS), Audit Kualiti Dalaman LZS (MAIS), Audit Kualiti SIRIM, Audit Syarikat/Profesional, Audit Dalaman MAIS dan Audit Negara

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 2604 Times
  • 13. Mengapa kemiskinan sentiasa ada?
     

    Kemiskinan tidak dapat dihapuskan tetapi dapat dikurangkan. Ia sentiasa ada dan tidak boleh dibasmi. Ini kerana kemiskinan juga berpunca daripada musibah seperti sakit, kehilangan pekerjaan, bencana alam dan sebagainya. Inilah antara punca kemiskinan sentiasa ada. Di sini LZS berperanan untuk membantu mereka sebaik mungkin. Disamping itu LZS turut memerlukan kerjasama institusi keluarga itu sendiri, masyarakat dan agensi lain dalam menjayakan usaha ini.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 3645 Times
  • 14. Mengapa zakat tidak boleh diterima selamanya oleh asnaf fakir dan miskin?
     

    Bantuan zakat adalah bersifat sementara dan membantu meringankan bebanan penerima. Di masa yang sama mereka juga perlu berusaha membangunkan diri mereka.
    Ia bukanlah pendapatan dan penerima perlu berusaha berdikari untuk mengubah kehidupan.
    Peranan zakat amat luas. Wang zakat yang diagihkan bukanlah semata-mata bertujuan untuk menangani kemiskinan tetapi turut diagihkan kepada asnaf yang lain seperti asnaf mualaf, fisabililah, gharimin, ibnu sabil dan amil. Zakat juga berperanan membangunkan institusi masjid, surau dan institusi pendidikan (sekolah kafa, pembiayaan buku teks, elaun guru kafa), juga berperanan membantu pesakit kronik terutamanya mereka yang berhadapan dengan dialisis, kanser dan sakit jantung. Zakat juga berperanan membantu pembiayaan Badan-badan Dakwah, NGO, rumah anak yatim, rumah pesakit aids, pusat permulihan dadah dan sebagainya.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 4579 Times
  • 15. Bolehkah zakat digunakan untuk melangsaikan hutang PTPTN, memandangkan saya telah bekerja tetapi pendapatan saya tidak mencukupi untuk membayar hutang tersebut?
     

    Hutang pengajian tersebut perlu dijelaskan melalui pendapatan bulanan yang diperolehi. Bantuan zakat tidak dapat disalurkan dalam kes seperti ini kerana hutang pengajian tersebut wajib dibayar secara beransur-ansur bukan sekali gus. Ini bererti anda tidaklah berada dalam keadaan yang terlalu mendesak.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 7300 Times
  • 16. Mengapakan perlu mengisi borang untuk memohon zakat?
     

    Institusi zakat adalah badan yang diamanahkan untuk mengutip dan mengagihkan zakat. Amanah ini perlu dilaksanakan dengan baik kerana ia akan dipersoalkan nanti di akhirat. Kewaspadaan mesti diberi keutamaan dalam mengurus dana zakat. Pengagihan yang dibuat mestilah tepat pada sasarannya (asnaf). Bagi memastikan pemohon benar-benar tepat keasnafannya maka perlulah satu pembuktian. Jadi dengan mengisi borang dan menyediakan dokumen sokongan dapat menterjemahkan segala persoalan tadi dan melalui cara ini pengagihan zakat kepada asnaf adalah lebih teratur untuk dokumentasi. Perlu ditegaskan bahawa mengisi dokumen adalah sebahagian dari prosiding dan ia tidak haram mengikut Islam.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 7387 Times
  • 1. Kenapa seseorang muallaf itu tidak mendapat bantuan?
     

    Muallaf tidak mendapat bantuan disebabkan oleh tiada permohonan dibuat, atau status permohonan tidak berjaya kerana tidak menepati syarat permohonan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1199 Times
  • 2. Adakah terdapat bantuan perubatan Guarentee Letter (GL) atau surat jaminan bagi asnaf Muallaf?
     

    Ada. GL diberi bagi bantuan melibatkan kebajikan, dan pendidikan.

    Kebajikan : Bantuan GL diberikan kepada bantuan perubatan yang melibatkan :a) Pembelian peralatan perubatan,
    b) Pembedahan,
    c) Dialisis,
    d) Perkhidmatan ambulan.

    Nota : bukan warganegara boleh dipertimbangkan menerima bantuan ini.

    Pendidikan : GL akan diberikan kepada permohonan Bantuan Umum Pelajaran melibatkan bayaran yuran kepada IPTA/IPTAS/institusi.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1010 Times
  • 3. Bagaimana pengurusan kematian asnaf muallaf?
     

    Setiap kematian muallaf perlulah dilaporkan kepada pihak LZS samada ibu pejabat atau cawangan untuk tindakan seterusnya. (Ibu pejabat dan cawangan akan salurkan maklumat kepada pihak operasi agihan daerah bagi tindakan lanjut). Ianya akan diuruskan bersama LZS dan MAIS mengikut skop masing-masing.

    Bayaran kos pengurusan jenazah adalah melalui tuntutan. Hanya satu pihak sahaja yang akan membuat tuntutan tersebut, samada oleh pihak hospital atau masjid atau surau. Bagi kes biasa kadarnya tidak melebihi RM1,500. Bagi kes luar biasa ia perlukan kelulusan khas untuk kadar melebihi RM1,500.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 807 Times
  • 4. Adakah terdapat jenis bantuan pengajian Sekolah Rendah untuk anak muallaf?
     

    Ada, bantuan tersebut berbentuk yuran pengajian bagi pengajian sekolah rendah (Tiada bantuan wang saku). Bagi tujuan bayaran ia perlukan bil dari pihak sekolah untuk sekolah rendah.

    Keutamaan pengajian adalah di sekolah kerajaan. Bagi kes pengajian di sekolah swasta, ia perlu mendapat pertimbangan pegawai terlebih dahulu.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 891 Times
  • 5. Satu keluarga asnaf muallaf memeluk agama Islam, adakah kadar bantuan kewangan bulanan diberi kepada ketua keluarga atau mengikut kadar secara individu?
     

    Bagi individu yang di bawah umur ( 18 tahun ke bawah), bantuan kewangan bulanan akan dibayar melalui ketua keluarga (atau kepada penjaga Islam jika tiada ketua keluarga), sementara bagi pasangan pula, bantuan kewangan bulanan akan dibayar terus kepada pasangan secara individu.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1251 Times
  • 6. Adakah benar, jika Muallaf tidak hadiri program kelas fardhu ain dia tidak layak mendapat bantuan zakat atau menyebabkan bantuan kewangan bulanan dibatalkan?
     
    1. Permohonan muallaf perlu mengikut syarat kelayakan, antaranya ialah terdapat bukti komitmen muallaf ke Kelas Fardhu Ain Muallaf, yang berupa sokongan dari :
      a) Guru kelas fardhu ain muallaf, atau
      b) Eksekutif Operasi Agihan Daerah, atau
      c) Agensi luar seperti masjid, badan bukan kerajaan (NGO), atau
      d) Orang perseorangan yang diiktiraf.
    2. Bagi kes baru masuk Islam di bawah tempoh 6 bulan, ia boleh dipertimbangkan bantuan walaupun belum menghadiri kelas fardhu ain.
    3. Sementara bagi kes penyambungan bantuan syarat kehadiran ke kelas fardhu ain perlu dipatuhi.
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1359 Times
  • 7. Bagaimana asnaf Muallaf hendak memohon bantuan modal untuk berniaga?
     

    Pemohon boleh memohon bantuan modal jika memenuhi syarat. Walau bagaimana bantuan modal ditangguhkan buat sementara khasnya bagi tahun 2017 sehingga ke suatu masa yang akan dimaklumkan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1156 Times
  • 8. Adakah asnaf Muallaf boleh mendapatkan rawatan di hospital swasta?
     

    Rawatan muallaf diutamakan di hospital kerajaan kecuali bagi kes kecemasan setelah mendapat syor atau sokongan dari hospital kerajaan, atau bagi kes kecemasan yang perlu rawatan segera.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 755 Times
  • 9. Adakah asnaf Muallaf boleh melanjutkan pengajian di di IPTS, tahfiz dalam negeri dan luar negeri Selangor dengan biayaan zakat?
     
    1. Secara amnya asnaf muallaf yang berkelayakan boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke tempat-tempat tersebut. Walau bagaimana pun muallaf perlu merujuk terlebih dahulu kepada pegawai bagi tujuan rundingan dan panduan. Ini bagi memastikan pemilihan bidang, kadar yuran, universiti dan sebagainya dapat diuruskan dengan baik, juga bagi menyantuni muallaf yang telah buat keputusan belajar di sesuatu tempat sebelum beliau menganut Islam. Ini juga bagi meraikan hasrat melahirkan para daie dari kalngan muallaf melalui program pengajian sarjana dan kedoktoran.
    2. Buat masa ini LZS belum wujudkan senarai panel tempat pengajian bagi muallaf.
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1023 Times
  • 10. Adakah hanya muallaf yang didaftarkan di Negeri Selangor sahaja layak memohon bantuan zakat?
     
    1. Tidak, tidak disyaratkan hanya berdaftar di Selangor sahaja untuk layak memohon bantuan.
    2. Bahkan semua asnaf Muallaf yang berdaftar di Negeri Selangor, atau Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri juga layak memohon dengan syarat pemohon mestilah berstatus warganegara dan bermastautin di negeri Selangor, sekurang-kurangnya 1 tahun kecuali bagi kes-kes khas.
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1186 Times
  • 11. Adakah bantuan untuk muallaf boleh didapati tanpa permohonan, atau hanya melalui syor pegawai sahaja?
     
    1. Tidak, sebarang bantuan muallaf perlulah melalui proses permohonan terlebih dahulu. Walau bagaimana pun pegawai akan mengenalpasti keadaan muallaf yang disantuni serta jenis bantuan yang layak diperolehi seterusnya menasihati muallaf agar membuat permohonan.
    2. Permohonan perlu mengikut syarat kelayakan, antaranya ialah bukti komitmen muallaf ke Kelas Fardhu Ain Muallaf, berupa sokongan dari guru kelas fardhu ain muallaf, atau Eksekutif Operasi Agihan Daerah, atau dari agensi luar seperti masjid, NGO, atau orang perseorangan yang diiktiraf.
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1083 Times
  • 12. Apakah terdapat bantuan khas yang asnaf Muallaf akan terima selepas memeluk agama Islam?
     
    1. Tiada bantuan khas dalam bentuk kewangan sempena pengislaman. (Bantuan ini pernah dilaksanakan sebelum 2016 tetapi dibatalkan selepas itu).
    2. Walaubagaimana pun asnaf yang baru memeluk Islam akan dibekalkan KIT (telekung, buku muallaf, Al-Quran terjemahan), dan Jadual Kelas Fardu Ain Muallaf (KFAM) mengikut kariah di mana asnaf tinggal.
    3. Bantuan lain termasuk bantuan segera akan dipertimbangkan mengikut keperluan pemohon setelah permohonan dibuat.
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1170 Times
  • 13. Kenapa berlakunya sesuatu bantuan muallaf yang dipohon lambat diperolehi?
     

    Ia disebabkan oleh:

    1. Maklumat perhubungan pemohon tidak tepat (seperti no telefon atau alamat)
    2. Maklumat akaun bank tidak tepat ( iaitu nama pada mykad atau pada passport dan nama dalam rekod akaun bank tidak diselenggara).
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 837 Times
  • 14. Apa peranan baru LZS dalam pengurusan muallaf ini?
     

    Melaksanakan fungsi yang sebelum ini dilaksanakan oleh pihak MAIS iaitu pengurusan kebajikan, perlindungan, pembangunan, pendidikan muallaf

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1085 Times
  • 15. Apakah jenis bantuan untuk muallaf?
     

    LZS telah menyediakan bantuan muallaf berdasarkan syarat dan kelayakan seperti berikut. Kelayakan bantuan bergantung kepada syarat-syarat tertentu mengikut jenis bantuan :

    1. Bantuan Sara Hidup Bulanan
    2. Bantuan Sewa Rumah
    3. Saguhati Perkahwinan
    4. Bantuan Perubatan Muallaf
    5. Bantuan Pendidikan
    6. Bantuan Pembinaan Rumah
    7. Bantuan Pembelian Rumah Kos Rendah
    8. Bantuan Baik Pulih Rumah
    9. Bantuan Pengurusan Jenazah
    10. Bantuan Modal Peniagaan
    11. Bantuan Berkhatan
    12. Bantuan Kecemasan Sara Diri
    13. Bantuan Gharimin (Hutang)
    14. Bantuan Fi Guaman

    Nota : Bantuan segera (ekspress) hanya akan diberikan untuk kes-kes kecemasan sahaja, sama seperti Fakir Miskin dan kadar pemberian adalah mengikut keperluan dan syarat LZS.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1779 Times
  • 16. Sekiranya muallaf telah melebihi tempoh 5 tahun, apakah jenis bantuan yang layak diperolehi?
     

    Bagi muallaf yang telah melebihi tempoh 5 tahun LZS akan membuat bancian kepada mereka yang memerlukan bagi mengenalpasti status kelayakkan sebagai asnaf fakir miskin. Jika termasuk dalam status fakir atau miskin maka dia layak menerima bantuan seperti asnaf fakir miskin yang lain.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1309 Times
  • 17. Bagaimana seseorang muallaf ingin mendapat perlindungan daripada ancaman?
     

    Muallaf boleh rujuk ibu pejabat atau cawangan-cawangan LZS untuk menyatakan aduan kes dan mendapatkan panduan untuk tindakan seterusnya. Pihak ibu pejabat atau cawangan LZS akan merujuk kes tersebut ke pihak operasi agihan daerah bagi tindakan siasatan dan sokongan.

    Jika berkelayakan dan setelah melalui proses dan syarat tertentu pemohon akan ditempatkan di Baitul Salam (rumah perlindunan muallaf) yang terletak di Jalan Kebun Shah Alam.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 793 Times
  • 18. Berapakah tempoh bagi seseorang mullaf mendapat bantuan kebajikan oleh LZS?
     

    Tempohnya ialah 5 tahun Pengislaman dari Tahun 1 Hingga Tahun Ke 5 sahaja.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1038 Times
  • 19. Bagaimana muallaf ingin mempelajari agama atau mendaftar untuk belajar kelas agama asas?
     

    Asnaf Muallaf boleh merujuk pada jadual Kelas Fardhu Ain Muallaf serta membuat pilihan tempat dan masa yang sesuai. Kelas tersebut disediakan oleh LZS di setiap daerah bagi membolehkan muallaf mendapat panduan setelah mereka memeluk islam. Jadual kelas boleh dimuaturun dari https://www.zakatselangor.com.my/info-agihan/kelas-fardhu-ain-muallaf/. (rujuk Lampiran2 : JADUAL KELAS FARDHU AIN MUALLAF 2017).

    Terdapat kelas bimbingan muallaf yang dijalankan dengan kerjasama NGO-i seperti :

    a. PERKIM bahagian Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,
    b. PERKIM cawangan Petaling di Masjid Seksyen 16, Petaling Jaya.
    c. PERKIM cawangan USJ 2, di Masjid Al Mukminun, Subang Jaya.
    d. Hidayah Centre, Taman Melawati.
    e. Islamic Outreach ABIM- Mosque Tourist Group di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

    Selain itu LZS juga menjalankan program Kursus Bimbinan Asas Muallaf yang diadakan pada setiap bulan di Akademi Muallaf Selangor.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1064 Times
  • 20. Apakah syarat-syarat bagi permohonan bantuan zakat muallaf?
     

    Terdapat syarat-syarat utama bagi bantuan muallaf :

    1. Memeluk Islam di Selangor serta bermastautin di Selangor atau memeluk Islam di luar Selangor serta bermastautin di Selangor sekurang-kurang 1 tahun kecuali bagi kes-kes khas.
    2. Menghadiri Kelas Fardhu Ain Anjuran LZS Atau mana-mana Kelas Fardhu Ain yang diiktiraf oleh LZS/MAIS.
    3. Pengislaman Tahun 1 Hingga Tahun Ke 5 sahaja.
    4. Membuat pindaan status agama dalam Mykad (dalam 6 bulan selepas masuk Islam).

    Selain itu, terdapat syarat-syarat khusus yang berbeza mengikut jenis permohonan

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1514 Times
  • 21. Bagi muallaf yang menghadapi masalah, siapa yang perlu dihubungi?
     

    Sekiranya muallaf mempunyai masalah mereka boleh menghubungi talian berikut :

    1. Majlis Agama Islam Selangor, tel: 03-3361 4000, 55,56, 57 bagi masalah pendaftaran muallaf.
    2. Lembaga Zakat Selangor, tel: 1-300-88-4343 (Pusat Panggilan) bagi masalah kebajikan, perlindungan, pendidikan, pembangunan muallaf .
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1316 Times
  • 22. Bagaimana seseorang muallaf ingin memohon dan berurusan mengenai bantuan zakat?
     
    1. Boleh berhubung dengan Pusat Panggilan LZS (1-300-88-4343) untuk dapatkan panduan awal, atau
    2. Datang ke ibu pejabat atau cawangan-cawangan LZS untuk mendapat penerangan serta membuat permohonan.
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1156 Times
  • 23. Jika seseorang ingin memeluk Islam, apa yang perlu dia lakukan?
     

    Seseorang itu perlu mengucap dua kalimah syahadah, serta faham maknanya, serta memahami komitmennya terhadap agama, juga perlu melalui prosedur ringkas iaitu mendapat penerangan ringkas, mengucap syahadah di hadapan dua saksi, mengisi borang tertentu bagi tujuan pendaftaran pengislaman.

    Untuk itu dia perlu berhubung atau datang ke tempat-tempat yang disenaraikan di bawah ini untuk mendapatkan penerangan dan mengucap syahadah, iaitu :

    • Majlis Agama Islam Selangor; ibu pejabat (Bahagian Pendaftaran Muallaf) dan MAIS daerah-daerah (di Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah).
    • Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO-i) dan masjid-masjid yang dilantik oleh pihak MAIS, termasuk masjid di dalam universiti tertentu. Sila rujuk Lampiran 1 (Senarai Pusat Pendaftaran Pengislaman). Pihak tersebut menjalankan peranan pengislaman dan membantu pendaftaran iaitu mengisi borang tertentu seterusnya menghantarnya ke Bahagian Pendaftaran, MAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah dan seterusnya mengisi buku pendaftaran pengislaman.
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 862 Times
  • 24. Bila berlakunya pewartaan Peraturan-Peraturan Pendaftaran, Penjagaan dan Pengajaran Bagi Muallaf (Negeri Selangor) (Pindaan 2017)?
     

    Pewartaan telah dibuat pada 16 Mac 2017 dan dikuatkuasa pada 1 April 2017

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 696 Times
  • 25. Apakah skop pengurusan muallaf yang masih dikekalkan di MAIS selepas perpindahan fungsi tersebut ke LZS?
     

    Skopnya ialah pengurusan pendaftaran pengislaman muallaf, pengurusan jenazah muallaf mengikut skop tertentu, dan kes-kes mahkamah dan kes bantuan guaman berkaitan muallaf.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 823 Times
  • 1. Mengapakah keperluan asas seperti rumah, kereta, bil-bil dan tanggungan lain tidak diambil kira dalam taksiran zakat pendapatan?
     

    Penentuan had kifayah yang dibernarkan telahpun mengambil kira keperluan asasi seperti makanan, pakaian, pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan alat keperluan/sokongan pekerjaan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 6217 Times
  • 2. Di dalam format kiraan zakat pendapatan, mengapakah tolakan Tabung Haji (jumlah simpanan dalam tahun semasa) diletakkan selepas zakat pendapatan dijumlahkan?
     

    Ini kerana caruman dan simpanan tahun semasa di Tabung Haji hendaklah digabungkan dengan zakat pendapatan yang diperolehi pada tahun semasa bagi tujuan penentuan nisab sahaja.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 4289 Times
  • 3. Bagaimanakah untuk mengira zakat bagi wang pencen yang diterima setiap bulan?
     

    Ya, harta pemberian dan sumbangan adalah harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima samada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa.

    Contoh :

    1. Hibah
    2. Hadiah
    3. Saguhati
    4. Pencen Pasangan
    5. Sedekah
    6. Pampasan
    7. Harta Pusaka
    8. Harta Wasiat
    9. Mahar Perkahwinan
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 2623 Times
  • 4. Bagaimanakah untuk mengira zakat bagi wang pencen yang diterima setiap bulan?
     

    Mengikut kaedah kiraan zakat pendapatan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 3093 Times
  • 5. Saya wajib membayar zakat pendapatan tetapi pada akhir tahun wang telah habis digunakan. Adakah saya masih wajib membayar zakat pendapatan?
     

    Ya, wajib dibayar zakat tersebut secara ansuran sehingga selesai dan ia dianggap sebagai hutang yang perlu disegerakan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 5878 Times
  • 6. Bolehkah saya membayar zakat pendapatan secara ansuran dan melebihi dari tempoh satu tahun?
     

    Harus membayar zakat secara ansuran dalam masa satu haul. Jika melebihi haul ia dianggap qada’ namun sekiranya berkemampuan wajib disegerakan pembayaran zakat.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 5077 Times
  • 7. Adakah wajib bagi seseorang itu mengeluarkan zakat hasil dari kutipan sewaan rumah yang dimilikinya?
     

    Ya, zakat wajib dikeluarkan ke atasnya setelah menolak kos-kos pada tahun semasa dan dikira sebagai hasil mustaghallat dalam kiraan zakat pendapatan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 2660 Times
  • 8. Apakah perbezaan di antara zakat pendapatan dan zakat wang simpanan?
     
    Zakat pendapatan dilihat puncanya dari gaji, hasil kerja bebas, hasil sewaan dan pemberian yang diperolehi pada tahun semasa sahaja.

     

    Para Mufassirin seperti Imam As-Suyuti berpendapat, perkataan “ مَا كَسَبْتُمْ “adalah mubhamah dan memberi makna yang umum merangkumi apa juga jenis pekerjaan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang. Oleh itu, segala harta yang diperolehi daripada apa jua bentuk usaha dan pekerjaan adalah dikira harta yang wajib dikeluarkan zakat.

    Adapun zakat wang simpanan dilihat puncanya dari wang yang telah sedia ada pada tahun sebelumnya. Zakat wang simpanan dikenakan pada baki hujung haul yang mencecah nisab semasa, sementara zakat pendapatan dikenakan kepada jumlah yang berbaki selepas dibuat penolakan untuk had kifayah dan sekiranya bakinya melebihi atau menyamai nisab.

     

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 4707 Times
  • 9. Kenapa ada perbezaan di setiap negeri di dalam menentukan zakat pendapatan itu wajib atau tidak?
     

    Di peringkat kebangsaan, zakat pendapatan telah diputuskan sebagai suatu kewajipan tetapi perlaksanaannya berbeza mengikut pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri kerana zakat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 3842 Times
  • 10. Jika saya dan isteri kedua-duanya menanggung anak-anak bagaimana cara penolakan untuk perbelanjaan mereka? Bolehkah dibahagikan kepada dua?
     

    Jika Encik dan isteri bersama-sama menanggung anak, cara penolakan terbaik haddul kifayah ialah dengan cara dibahagikan secara sama rata taksiran kiraan haddul kifayah tersebut.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 3947 Times
  • 11. Adakah bayaran bulanan (nafkah) saya kepada bekas isteri saya sebanyak RM700 sebulan (RM8,400 setahun) boleh diambil kira sebagai tolakan dalam kiraan zakat pendapatan?
     

    Untuk isteri dibolehkan dalam tempoh edah sahaja tetapi untuk anak-anak mengikut kiraan haddul kifayah.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 4742 Times
  • 12. Saya memiliki beberapa rumah sewa di sekitar Shah Alam. Adakah saya wajib mengeluarkan zakat hasil daripada kutipan sewaan, sedangkan pada masa yang sama saya juga perlu membayar hutang rumah kepada bank semasa pembelian rumah tersebut?
     

    Hanya lebihan daripada baki sewa akan dimasukkan dalam kiraan pendapatan lain. Contohnya:

    Contoh Pengiraan: Kutipan sewa rumah sebulan: RM 1,000
    Bayaran ansuran bank sebulan: RM 800
    Baki daripada sewaan: RM 200

    Hanya nilai dari baki sewaan iaitu RM 200 selama setahun iaitu RM 2400 sahaja yang perlu dimasukkan di dalam pengiraan zakat harta mustaghallat dan setelah ditolak kos-kos lain seperti baik pulih rumah dan sebagainya.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 4088 Times
  • 13. Saya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mendapat gaji penuh. Persoalannya, adakah saya perlu membayar zakat pendapatan untuk gaji tersebut? Bagaimana dengan elaun pengajian yang diterima di luar negara?
     

    Wajib membayar zakat. Elaun dan gaji akan dikira seperti zakat pendapatan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 2903 Times
  • 14. Adakah pendapatan daripada nyanyian dan lakonan dikenakan zakat?
     

    Sekiranya nyanyian dan lakonan sesuai dengan hukum syarak, maka wajib dikeluarkan zakat.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 3961 Times
  • 15. Bolehkah zakat dibayar jika sumber pendapatan wang tersebut adalah dari sumber yang syubhah?
     

    Tidak wajib zakat kerana wang syubhah lebih hampir kepada sumber haram dan yang meragukan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 2394 Times
  • 16. Bolehkah zakat dibayar jika sumber pendapatan wang tersebut adalah dari sumber haram? Apakah contoh sumber haram tersebut?
     

    Tidak wajib zakat kerana tidak memenuhi syarat wajib zakat.

    Menurut ulama, harta yang di perolehi dari sumber yang haram adalah haram. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Allah tidak menerima sebarang sedekah dari sumber yang haram.” (Riwayat Imam Muslim)

    Contoh sumber haram tersebut adalah seperti wang rasuah, riba, wang judi dan seumpamanya.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 2869 Times
  • 17. Bagaimanakah cara pengiraan zakat pendapatan ?
     

    Terdapat dua garis panduan mengira zakat pendapatan sama ada:

    1. 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab) atau
    2. Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan asas yang dibenarkan (berdasarkan kaedah penolakan Had Kifayah dan penolakan yang dibenarkan). Ini adalah kiraan lebih tepat.
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 6502 Times
  • 18. Adakah wajib qada' zakat pendapatan sebelum tahun 2002?
     

    Oleh kerana zakat pendapatan difatwakan kewajipannya pada tahun 2002, maka umat Islam tidak wajib untuk menunaikannya bagi tahun sebelum 2002 dan tidak perlu di qada’.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 4361 Times
  • 19. Bilakah fatwa wajib zakat pendapatan di Selangor diwartakan?
     

    Ia telah diwartakan pada 9 Mei 2002 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 yang berbunyi:

    1. Zakat pendapatan hukumnya adalah wajib ke atas umat Islam.
    2. Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Selangor hendaklah membayar zakat pendapatan kepada Pusat (Lembaga) Zakat Selangor.
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 2967 Times
  • 20. Apakah sandaran yang mengatakan kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5%?
     

    Kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5% adalah berpandukan kepada kadar zakat emas. Ini kerana gaji dan pendapatan bebas itu diterima dalam bentuk mata wang/nilai wang.

    Saidina Ali r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.” (Riwayat Abu Daud)

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 3611 Times
  • 21. Berapakah kadar zakat pendapatan?
     

    Kadar zakat adalah sebanyak 2.5% berasaskan tahun Qomariah dan 2.577% berasaskan tahun Masihi.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 4950 Times
  • 22. Apakah syarat wajib zakat pendapatan?
     

    Zakat Pendapatan wajib dikeluarkan zakat berdasarkan syarat-syarat berikut:

    1. Islam
    2. Pemilikan sempurna
    3. Harta yang berkembang
    4. Cukup nisab
    5. Cukup Haul
    6. Melebihi Keperluan Asasi

    Walaubagaimanapun haul tidak disyaratkan ke atas al-Mal al-Mustafad. Athar sahabat dan tabi’in(Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas’ud, Mu’awiyah bin Abi Sufyan, dan Umar bin Abdul Aziz) :

                                            “فِي الرِّجَلِ يَسْتَفِيدُ مَالاً قَالَ يُزَكِّيهِ حِينَ يَسْتَفِيدُه”
    Maksudnya :“Seseorang yang memperolehi al-Mal al-Mustafad wajib zakat semasa diperolehi.”
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 4548 Times
  • 23. Apakah pengertian zakat pendapatan?
     

    Zakat pendapatan terbahagi kepada empat dan berikut merupakan pengertian zakat pendapatan (Al Mal Al Mustafad)

    i. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja

    Ia bermaksud “Harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya untuk pihak lain sama ada kerajaan, swasta atau individu dengan melakukan sebarang usaha dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua-duanya dalam tempoh yang dipersetujui bersama, sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau jam.”
    Contoh :
    (a) Gaji
    (b) Upah
    (c) Bonus
    (d) Tuntutan Kerja Lebih Masa
    (e) Gratuiti
    (f) Pampasan
    (g) Pencen
    (h) Hadiah, anugerah & insentif
    (i) ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja)
    (j) Apa-apa yang bersumberkan perkhidmatan atau penggajian.

    Walau bagaimanapun, pendapatan dari sumber-sumber berikut tidak perlu dizakat kerana ianya tidak termasuk di dalam kategori pendapatan. Sebaliknya ia diperolehi sebagai ganti pendahuluan kos yang terpaksa ditanggung oleh individu dalam menjalankan tugas atau kerja yang dilakukan. Pendahuluan tersebut dibayar menggunakan gaji pekerja yang telah dibayar zakat. Sekiranya diwajibkan zakat, maka akan berlaku zakat sebanyak 2 kali.

    Contoh :
    (a) Tuntutan Lojing
    (b) Tuntutan Ke Luar Negara
    (c) Tuntutan Keraian
    (d) Tuntutan Perbatuan
    (e) Tuntutan-tuntutan lain yang berkaitan dengan pekerjaan

    ii. Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan

    Ia bermaksud “Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima samada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa ”

    Contoh :
    (a) Hibah
    (b) Hadiah
    (c) Saguhati
    (d) Pencen Pasangan
    (e) Sedekah
    (f) Pampasan
    (g) Harta Pusaka
    (h) Harta Wasiat
    (i) Mahar Perkahwinan

    Dalam kes penerimaan harta pusaka / wasiat, ianya dikenakan zakat apabila harta tersebut dalam bentuk tunai dan seumpamanya.Manakala penerimaan harta pusaka dalam bentuk harta tetap (al ‘aqar) atau harta yang tiada zakat pada ‘ainnya, maka tidak perlu dikenakan zakat.

    iii.Zakat Harta Hasil Kerja Bebas
    Iaitu harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional.

    Contoh :
    (a) Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional.
    (a1) Bayaran kepada peguam atas khidmat guaman yang diberikan.
    (a2) Bayaran kepada arkitek atas khidmat yang diberikan.
    (a3) Bayaran kepada doktor klinik swasta atas rawatan yang diberikan.

    (b) Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor.
    (c) Keuntungan projek bermusim.
    (d) Komisyen dan Residual income – pendapatan dari jualan insuran, takaful, unit trust, broker dan seumpamanya.
    (e) Bayaran royalti atau komisen yang diterima daripada hasil penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.

    iv. Zakat Hasil Harta Mustaghallat

    Iaitu segala harta yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya.

    Contoh :
    (a) Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis perniagaan dan sebagainya.
    (b) Hasil sewaan kenderaan atau pengangkutan.
    (c) Hasil sewaan peralatan, aset atau sebagainya.
    (d) Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 3991 Times
  • 24. Adakah zakat pendapatan wajib dan apakah dalil kewajibannya?
     

    Ya, zakat pendapatan adalah wajib.

    Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.” (Al-Baqarah : Ayat 267)

    Daripada Abu Musa Asyaa`ri R.A : Nabi SAW bersabda “Setiap orang Islam diwajibkan zakat, mereka berkata kepada Rasulullah : Wahai Nabi Allah, kalau kami tidak memiliki harta, bagaimana? Jawab baginda: Berusahalah kamu dengan sepenuh tenaga bagi menyara diri kemudian bayarlah zakat. Mereka berkata lagi : usaha kami tidak berhasil? Jawab baginda: Berilah pertolongan kepada orang yang berhajat. Mereka berkata lagi : Kalau kami tidak berupaya? Sabda baginda: bergiatlah dalam perkara ma’ruf mencegah terjadinya keburukan. Sesungguhnya pekerjaan itu bagi kamu adalah sadaqah (zakat).”

    (Riwayat Bukhari)

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 3444 Times
  • 1. Adakah wang simpanan di dalam koperasi dikenakan zakat wang simpanan?
     

    Wang simpanan di dalam koperasi merupakan wang pelaburan (saham) dan diwajibkan zakat ke atasnya kecuali koperasi tersebut telah membayar zakat saham untuk ahli-ahlinya. Manakala saham koperasi dikira berdasarkan modal yang dicampurkan dengan dividen/ pulangan hujung haul.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1061 Times
  • 2. Adakah wang yang didapati sebagai pembiayaan daripada Bank Rakyat untuk membeli Amanah Saham Bumiputera (ASB) di wajibkan zakat? Dan bagaimana pengiraannya?
     

    Wang yang didapati daripada pembiayaan secara syarak untuk membeli mana-mana saham dikenakan zakat ke atas pokok/modal asal dan pendapatan pelaburan yang diperolehi dan hendaklah digabungkan dengan harta lain berasaskan nisab emas bagi tujuan kiraan zakat.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1544 Times
  • 3. Saya mohon satu penjelasan mudah serta dalil-dalil mengapa pemegang saham yang terdiri dari pelabur dan peniaga disamakan untuk mengira zakat (PENIAGA SAHAM-share trader)? Bagi yang berlatar belakang Ilmu Perakaunan, ada perbezaan besar antara keduanya. Namun Lembaga Hasil Dalam Negeri pun membezakan mereka.
     

    Betul ada perbezaan pelabur saham dan trader saham. Namun pendekatan yang digunakan lebih melihat kepada ASET berbanding kepada NIAT pelabur. ASET tersebut secara semulajadi diniagakan di pasaran saham maka ia diklasifikasikan sebagai barang dagangan.

    Klasifikasi ini sangat luas merangkumi semua instrumen samada saham, warrant, rights, ETF dan REITs diatas justifikasi kesemuanya diniagakan di bursa. Pendekatan ini mengabaikan pelabur yang “menyimpan” “barang dagangan” kerana pada hakiki hartanya memang sudah berupa “barang dagangan” (harga berubah harian atas faktor penawaran dan permintaan).

    Contoh lain yang kita lihat “aset” dan bukannya “niat” adalah pelabur atau peniaga emas, keduanya-duanya dizakatkan atas harga pasaran emas. Kita melihat kepada barang iaitu “emas” dan bukan niat pelabur. Walaupun niat pelabur untuk menyimpan emas bertahun lamanya, ia tetap dizakatkan atas ‘ainnya iaitu emas.

    Akta Cukai Pendapatan 1967 memfokuskan kepada “pendapatan”, selaras dengan nama Akta tetapi zakat ialah ke atas harta (amwal). Harta boleh berbentuk “stock” seperti emas, barang dagangan dan ternakan atau “inflow” seperti hasil tanaman atau hasil galian.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 830 Times
  • 4. Saya ingin tahu mengapa kaedah mengambil kira nilai saham terendah dalam hujung haul ditukar kepada nilai pasaran pada akhir tahun haul. Andaikanlah kita terima andaian bahawa pelabur dan peniaga saham tidak dibezakan, penilaian stok perniagaan (stock in trade) mengikut prinsip perakaunan dinilai yang terendah antara kos dan pasaran (lower of cost or market). Jika kita gunapakai harga pasaran kemungkinan untung bersih akan di overstated sekiranya harga pasaran tinggi dari kos sebab cost of goods sold akan dikurangkan.
     

    Secara automatik dalam hukum zakat, “barang dagangan” dikira atas harga pasaran. Pendekatan zakat TIDAK semestinya menggunakan pendekatan accounting seperti LCM dan lain-lain. Menurut Dr. Yusuf Al Qaradawi dalam Fiqh Zakah, harga pasaran boleh menggunakan nilai ‘wholesale’.

    Berkenaan samada untung overstated atau understated, keduanya adalah isu prestasi perniagaan setahun iaitu dalam Penyata Untung Rugi. Akan tetapi Zakat Perniagaan adalah ditaksir atas nilai harta dihujung haul (Kunci Kira-Kira) atau secara mudahnya nilai harta perniagaan dihujung haul, bukannya prestasi perniagaan sepanjang haul.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 681 Times
  • 5. Pada pandangan saya, saham yang dipegang sebagai pelabur jangka panjang, tidak berbeza dari simpanan wang di dalam bank. Jika baki hujung haul dalam tahun haul di ambil kira bagi simpanan bank, pemegang saham yang menyimpankan ''wangnya'' dalam saham, sepatutnya dikira seperti simpanan dalam bank juga.
     

    Pandangan LZS, saham (dan segala bentuk instrumen pelaburan di bursa) adalah tidak sama dengan wang. Secara asasnya, wang bukan “barang dagangan” sebaliknya merupakan “medium pertukaran”. Hukum asal bagi zakat wang ialah emas dan perak yang dikembangkan applikasi hukum itu kepada wang. Asasnya “wang” tidak berkembang. Kita labur/ simpan “wang” tersebut dalam instrumen pelaburan/ perniagaan.

    Saham atau pelaburan lain adalah tidak sama dengan wang. Wang di quote dalam Ringgit/ Euro/ USD dan sebagainya tetapi pelaburan di bursa di quote dalam unit, dan unit tersebut mempunyai harga semasa secara “real-time”.

    Fuqaha semasa dalam perbahasan tentang pelaburan saham terbahagi kepada dua qaul atau pandangan. Pertama ialah qias kepada “pelaburan hartanah bukan pertanian” dan kedua, qias kepada “barang dagangan”. TIADA faqih yang mengqiaskan pelaburan saham kepada simpanan wang. Oleh itu pelaburan saham tidak boleh disamakan seperti “pelaburan wang”.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1007 Times
  • 6. Dirujuk Cara Pengiraan dalam brosur zakat saham LZS , dua penjelasan dipohon iaitu 'Keuntungan yang ditunaikan daripada jual-beli setahun RM80,000' dan 'Kos brokerage RM10,000' (bergantung kos sebenar yang dibayar). Soalannya: Apa makna(bergantung kos sebenar yang dibayar) ? Kita tahu brokerage, serta bayaran-bayaran lain seperti duti setem dan clearing fee dipotong oleh stockbroker terus dan jumlahnya dikira atas harga jualan (gross proceeds). Pada pendapat saya, kos sebenar ialah harga belian saham asal, bermakna pembayar zakat boleh tolak kos belian dari net proceeds supaya mendapat keuntungan. Kos brokerage tidak perlu disebut lagi kerana kita ambil net proceeds yang syarikat bayar kepada kita.
     

    Kos brokerage, clearing fee dan seumpamanya itu jika kita “liquidate” semua pelaburan yang masih ada pada tarikh cukup haul. Itulah nilai sebenar setelah tolak semua kos. Secara asas, Zakat Perniagaan ialah “nilai” pada tarikh cukup haul. Dan bukan “untung” sepanjang haul. Cukai ditaksir berasaskan Penyata Untung Rugi tetapi zakat ditaksir berasaskan Kunci Kira-Kira (Balance Sheet).

    Asas Zakat Perniagaan bukan atas keuntungan (jualan tolak kos belian) tetapi ialah nilai barang perniagaan pada hujung haul perniagaan. Ini berdasarkan mafhum sebuah athar iaitu :

    Daripada Abi Amru Ibnu Hammas daripada bapanya, dia berkata: “Dia menjual kulit dan bekas panah daripada kulit. Kemudian Umar Ibn Khattab singgah padaku. Dia bertanya: “Adakah engkau keluarkan sadaqah (zakat) hartamu?” Aku menjawab: “Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya ia adalah kulit.” Umar berkata: ” Taksirlah kemudian keluarkan sadaqahnya”.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 794 Times
  • 7. Kenapa dividen dari pelaburan yang tidak patuh kepada syariah ditolak dari pendapatan-pendapatan yang tersenarai, seperti dalam brosur LZS, tetapi dalam Warta Fatwa tidak ada sebut tentang pendapatan yang tidak patuh syariah?
     

    Asas zakat adalah semua pulangan daripada perniagaan haram atau syubhah tidak dizakatkan, hanya dizakat atas nilai pelaburan asal jika sumbernya adalah bersih. Memang fatwa khusus Zakat Saham yang diwartakan tidak menyebut tentang tolakan sumber yang haram atau syubhah. Tolakan untuk sumber yang haram atau syubhah adalah asas dalam fiqh zakat.

    Ia terdapat dalam fatwa-fatwa yang lain dan prinsip-prinsip ini perlu dipraktiskan secara umum, bukan terhad kepada soalan atau kes asal yang dijelaskan dalam fatwa-fatwa yang lain tersebut.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 759 Times
  • 8. Rujuk brosur LZS tentang Zakat Saham yang tidak tersiar harga (unlisted). Tolong sahkan bahawa jika syarikat tidak tersiar harga telah membayar zakat mengikut salah satu dari kaedah-kaedah yang disebutkan, maka pemegang saham tidak perlu membayar zakat langsung samada ke atas dividen yang diterima dan pelaburan dalam syarikat berkenaan dan sebaliknya jika syarikat tidak membayar zakat?
     

    Dalam semua perniagaan persendirian, jika syarikat sudah bayar Zakat Perniagaan, maka pemegang saham sudah terlepas daripada tanggungjawab Zakat Saham/ Perniagaan. Contoh, jika JOHAR Sdn Bhd sudah membayar zakat perniagaan maka Dato Johar sebagai shareholder JOHAR Sdn Bhd tidak perlu lagi membayar zakat atas pemilikan sahamnya serta dividen yg diterima.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 640 Times
  • 9. Tentang Short term loan portion in long term loan. Kalau perlu ditolak dalam pengiraan current liability mengapa tidak ditolak semua pinjaman kerana semua pinjaman dalam Kunci Kira Kira didefinasikan sebagai hutang yang belum kena bayar lagi (payable but not due) Saya hairan mengapa Accounting concept and principles hendak diguna tetapi dibuat selectively. Kalau short term loan portion dalam long term loan is due by twelve monthly installments, apakah hukumnya?
     

    Current Operating Liabilities ditolak kerana syarikat sudah mendapatkan barangan atau perkhidmatan dalam Haul Taksiran. Contoh: inventori diterima jadi wujud Trade Creditor, bangunan sewa telah diduduki, utiliti telah digunakan, maka wujud Accruals. Iaitu semua MANFAAT telah diterima dalam Haul Taksiran, cuma belum dibayar.

    Current Financial Liabilities secara asas ialah reclassification of Long Term Liabilities to Short Term due to being repayable in next 12 month. Financial Liabilities (FL) yang dibenarkan tolakan ialah yang KENA BAYAR dalam Haul Taksiran, bila kita ambil nilai TUNAI dihujung Haul Taksiran, secara automatik, kita sudah Net Off dengan FL yang sudah dibayar. Jika masih ada FL untuk Haul Taksiran yang masih BELUM dibayar as at Balance Sheet date, maka ia boleh ditolak,tapi bukan FL yang perlu bayar untuk tempoh yg akan datang (but reclassified as Current FL).

    Secara umum, hutang yang boleh ditolak daripada Harta Zakat ialah hutang yang BELUM dan PERLU DIBAYAR PADA tarikh haul. Hutang yang bayarannya untuk tempoh mendatang tidak mengurangkan harta zakat semasa. Secara konsisten, harta zakat yang bakal diterima untuk tempoh mendatang TIDAK DICAMPUR dengan harta zakat semasa.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 466 Times
  • 10. Pelaburan dipasaran modal mengalami kerugian atas kertas (paper loss), kena bayar zakat?
     

    “Kerugian” adalah satu situasi dalam perniagaan atau sebarang usaha ekonomi dimana pulangan yang diterima adalah kurang daripada kos (kewangan dan masa) yang dilaburkan. Akan tetapi secara umum fiqh zakat tidak hanya memandang kepada keuntungan atau kerugian sebagai asas, tetapi turut melihat kepada nilai kekayaan seseorang pada masa hujung haul.

    Seseorang pelabur mungkin mengalami kerugian dimana nilai pelaburannya sejumlah RM2 juta diawal haul telah berkurang kepada RM1 juta pada hujung haul. Namun hakikatnya pelabur tersebut memliki kekayaan “cair” seperti dinar / dirham / matawang yang boleh dibelanjakan sesuka hati (milk tasarruf) pada bila-bila masa dalam sebarang nisbah yang disukainya. Kekayaan bersifat hampir seperti matawang / ‘arud tijarah ini adalah jauh lebih tinggi daripada nlai nisab 85gram emas (RM 14,065 pada 2013).

    Jika dibandingkan dengan zakat ternakan (seperti kambing dan unta yang dizakat secara ittifaq),apa yang dizakati adalah nilai kambing atau unta dihujung haul. Jika sebahagian kambing mengalami penyakit lalu mati, tetapi dihujung haul penternak masih memiliki 100 ekor kambing, selepas kematian 20 ekor dipertengahan haul, kambing yang ada tetap dizakatkan kerana bilangan 100 ekor tersebut telah melebihi nisab kambing iaitu 40 ekor kambing).

    Contoh lain pula, katakan seorang petani memiliki beberapa bidang sawah padi yang hampir masak. Menurut kebiasaan, dia boleh mendapatkan hasil tuaian padi sekitar 10 tan daripada tanah sawahnya. Tetapi pada musim menuai ini, berlaku banjir yang menggelamkan separuh daripada tanah sawahnya. Oleh itu pada musim ini, petani tersebut hanya mendapat hasil sebanyak 4 tan sahaja, dimana beliau kerugian sekitar 6 tan hasil padi yang sudah hampir masak. Akan tetapi petani tersebut tetap wajib menunaikan zakat padi kerana hasil tuaiannya melebihi nisab zakat padi iaitu 1.306 tan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 777 Times
  • 11. Untuk pelaburan pasaran modal yang hanya diniatkan untuk mendapatkan dividen/pulangan lain, kenapa turut dizakatkan atas nilai prinsipal?
     

    Jumhur fuqaha masakini menetapkan bahawa saham atau pelaburan aktif adalah dizakatkan atas asas ‘arud tijarah manakala saham atau pelaburan pasif dizakatkan atas asas mustaghallat.

    Walaubagaimanapun, LZS menggunakan pandangan yang bukan jumhur dalam isu saham yang disimpan untuk mendapat dividen sahaja iaitu tetap dizakatkan sebagai ‘arud tijarah. Pandangan sebahagian fuqaha semasa yang digunapakai oleh LZS ini telah disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bahawa pelaburan aktif atau pasif adalah dizakatkan atas ‘illah ‘arud tijarah iaitu zakat atas kedua-dua nilai pokok dan pulangan. Sila klik di sini : Hukum Zakat Pelaburan Saham.

    Antara fuqaha semasa yang berpandangan saham disimpan dizakatkan atas asas ‘arud tijarah adalah Muhammad Abu Zahrah, Abdul Wahhab Khallaf, Abdul Rahman Hasan (rujuk Fiqh Zakat Qaradawi), Dr Abdullah Ibrahim, Prof. Dr. Ali Jum’ah, Shaikh ‘Atiyyah Saqar, Prof Abdul Azim Islahi dan Dr Mohammed Obaidullah.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 727 Times
  • 12. Saham dan pelaburan pasaran modal tiada dalam kitab fiqh mazhab Shafii dan mazhab lain, kenapa perlu dizakatkan?
     

    Pelaburan adalah harta moden yang tidak ada pada zaman awal Islam. Namun ia tetap dizakatkan selaras dengan pandangan jumhur fuqaha masakini yang menetapkan hukum ‘arud tijarah (barang dagangan) atau mustaghallat (harta yang tiada zakat pada ‘ain tetapi memberikan hasil pulangan yang wajib zakat).

    Dalil Al Quran dan As-Sunnah hanya menyebutkan ladang, kebun, binatang ternakan seperti kuda, kambing dan unta sebagai harta kerana itulah harta-harta yang berharga pada masa tersebut. Tetapi zakat bukan hanya tertakluk kepada harta-harta yang disebut dalam Al Quran dan As-Sunnah sahaja. Hukum zakat keatas pelbagai bentuk harta masakini adalah bergantung kepada kaedah qias. Jika sesuatu sesuatu bentuk harta moden menyamai ‘illah kewajiban zakat atas harta-harta yang diwajibkan zakat melalui dalil Al Quran dan As-Sunnah, maka harta moden tersebut akan dizakatkan dan menggunapakai hukum (nisab, kadar & syarat2 lain) harta asal yang dizakatkan.

    Sebagai contoh, walaupun matawang kertas sekarang merupakan fiat money yang tidak wujud dizaman Rasulullah dan fuqaha silam, namun fungsi fiat money sekarang menyamai kegunaan dan fungsi matawang dinar dan dirham pada zaman awal Islam. Oleh itu matawang kertas sekarang tetap dizakatkan mengikut hukum zakat atas matawang dinar dan dirham yang asal iaitu sebagai intrinsic money. Pada zaman Rasulullah s.a.w, unta dan kambing merupakan komoditi bernilai yang boleh dibelanjakan, tetapi pada zaman ini, pelaburan dipasaran modal juga merupakan komoditi bernilai yang boleh dibelanjakan (tasarruf) dalam nisbah tertentu dan spesifik pada bila-bila masa.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 699 Times
  • 13. Pembelian pelaburan melalui pinjaman, kena zakat?
     

    Pelaburan pasaran modal merupakan satu bentuk kekayaan masakini. Ianya boleh dimiliki samada melalui wang milik sendiri ataupun melalui wang yang dipinjam.

    Bagi pelaburan yang dibeli melalui wang pinjaman, nilai bayaran semula pinjaman untuk sepanjang haul taksiran boleh ditolak daripada nilai pelaburan dihujung haul. Contoh pelaburan saham Syarikat XYZ Berhad bernilai RM250 ribu pada hujung haul 2012. Jumlah bayaran balik pinjaman sepanjang haul 2012 adalah RM70 ribu dan baki hutang RM80 ribu akan dibayar pada sepanjang tahun 2013 hingga 2014. Oleh itu kiraan zakat pada hujung haul 2012 adalah :-

    RM250 ribu – RM 70 ribu = RM 180 ribu kemudian darab 2.5%, jadi zakat pelaburan = RM 4,500.

    Hanya bayaran balik hutang untuk tahun taksiran sahaja yang boleh ditolak daripada harta zakat pada hujung haul. Hutang yang perlu dibayar pada haul-haul yang mendatang tidak boleh ditolak daripada harta kena zakat tahun semasa1.

    Pendapat yang rajih dalam mazhab Shafii adalah hutang tidak menghalang atau menggugurkan kewajiban berzakat atau mengurangkan nisab zakat, samada hutang itu tunai atau tertangguh, atau daripada jenis harta yang berada ditangan penghutang atau tidak.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 769 Times
  • 14. Kenapa LZS menggunakan asas ‘arud tijarah, sedangkan jumhur fuqaha masakini menggunakan asas mustaghallat untuk hukum zakat atas portfolio pasif?
     

    Portfolio pelaburan di pasaran modal tidak sama dengan pelaburan harta tetap seperti hartanah kerana sebab-sebab berikut :

    1. Benda yang diniagakan setiap masa (intrinsic traded commodity samada dengan atau tanpa niat dipihak pelabur)
    2. Niat tidak sepenuhnya relevan. Ini kerana bila harga bersesuaian atau pelabur terdesak, niat & transaksi jualan boleh berlaku spontan dalam nisbah yang divisible. Ini tidak berlaku dalam pelaburan hartanah.
    3. Mempunyai harga yang khusus dan mudah diketahui pada setiap masa. Dalam konteks moden, harga diketahui secara real-time. Ini juga tidak berlaku dalam pelaburan hartanah dimana memerlukan penilai dan harga yang negotiable.
    4. Boleh menjadi medium pertukaran menggantikan tunai dalam urusniaga di pasaran modal. Saham boleh menggantikan tunai dalam transaksi beli syarikat samada sepenuhnya tunai atau melibatkan pertukaran saham (share swap). Selain itu gabungan saham & instrumen hutang juga boleh digunapakai oleh sesebuah syarikat semasa membeli syarikat lain (acquisition). Medium pertukaran dan pengukuran harga merupakan ‘illah zakat wang emas dan perak seperti disebut dalam kitab Ar-Risalah oleh Imam Shafii.
    5. Boleh di terima sebagai alat cagaran utk mendapatkan fasiliti pinjaman (Overdraf dsbg) kerana sifatnya yang diterima umum
    6. Sifat pelaburan di pasaran modal yang ‘cair’ seperti wang menyebabkan tidak adil pemilik wang dikenakan zakat tetapi pemilik pelaburan ‘cair’ yang sentiasa diniagakan di pasaran modal dikecualikan zakat. Kedua-duanya bersifat kekayaan yang boleh dibelanjakan mengikut nisbah yang spesifik, tidak seperti pelaburan hartanah.
    7. Sama seperti wang, pelaburan di pasaran wang mempunyai nilai standard dan boleh dipecahkan (divisibility). Sama seperti asal nisab 20 dinar bersamaan 200 dirham, ataupun nisab matawang 200 dirham bersamaan separuh daripada nilai nisab kambing, iaitu 40 ekor kambing (Fiqh Zakat Qaradawi pg 156).
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 526 Times
  • 1. Adakah perhiasan emas dan perak yang dipakai oleh lelaki diwajibkan zakat seperti jam diperbuat emas?
     

    Ya, wajib orang lelaki yang memakai itu mengeluarkan zakat jika mencukupi syarat iaitu melebihi berat 85gram dan cukup haul. Walaubagaimanapun haram bagi lelaki memakai perhiasan emas.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1024 Times
  • 2. Adakah pelabur wajib mengeluarkan zakat atas emas yang dibelinya daripada broker FOREX?
     

    Pembelian emas daripada broker FOREX adalah transaksi tidak patuh syariah namun wajib dikeluarkan zakat simpanan ke atas modal pokok tersebut dan hendaklah dicampurkan dengan harta lain berasaskan nisab emas seperti simpanan dan pelaburan bagi kiraan zakat.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 803 Times
  • 3. Wong Fei Hong seorang lelaki muallaf yang sudah setahun memeluk Islam,Dia memiliki dan memakai gelang emas yang beratnya 100 gram. Adakah wajib Wong Fei Hong mengeluarkan zakat emas tersebut sekiranya melebihi setahun?
     

    Ya, wajib. Pengharaman memakai emas perhiasan ke atas lelaki tidak bermakna menggugurkan kewajipan zakat ke atas emas perhiasan yang dipakai oleh lelaki dan beliau wajib mengeluarkan zakat emas tersebut yang bukan lagi merupakan zakat perhiasan tetapi dihukumkan sebagai zakat emas simpanan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1004 Times
  • 4. Leman telah membuka akaun emas di bank konvensional dengan belian permulaan 30 gram. Setiap bulan, Leman istiqomah menambah caruman akaun emasnya. Setahun kemudian, Leman memiliki 88 gram dalam akaun emasnya. Setelah mendengar ceramah mengenai pelaburan emas dalam Islam, barulah Leman mengetahui dan memahami hukum sebenar pelaburan emas tanpa fizikal adalah haram. Apakah yang perlu dilakukan oleh Leman?
     

    Tidak wajib zakat, kerana akaun emas tanpa fizikal tersebut tidak patuh syariah(akad batil), hanya modal adal pelaburan sahaja dikenakan zakat dan dikira sebagai wang simpanan

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 816 Times
  • 5. Adakah emas di dalam akaun emas tanpa fizikal wajib dizakatkan?
     

    Tidak wajib zakat, kerana jual beli emas di dalam akaun emas tanpa fizikal kerana pelaburan tersebut tidak patuh syariah (akad batl), hanya modal adal pelaburan sahaja dikenakan zakat dan dikira sebagai wang simpanan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 934 Times
  • 6. Ali telah menyertai pelaburan emas dengan Syarikat Zola yang menjanjikan pulangan bulanan. Ali membeli 100 gram emas secara tunai dan Syarikat Zola akan menyerahkan emas tersebut setelah sampai tempoh matang iaitu 12 bulan. Dalam tempoh menunggu, Syarikat Zola memberi hibah (hadiah) daripada duit yang Ali bayar sebanyak RM1500 sebulan. Setelah sampai tempoh matang, Syarikat Zola menyerahkan 100 gram emas kepada Ali. Adakah emas yang diterima oleh Ali wajib dizakatkan?
     

    Diwajibkan zakat keatas emas yang diterima walaupun pelaburan tersebut tidak patuh syariah (akad fasid)

    Jumlah zakat pada hujung haul = 100 gram x harga emas semasa x 2.5%.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 751 Times
  • 7. Atan memiliki emas berbentuk syiling dan bar seberat 90 gram, pada masa yang sama Atan membeli 4 keping dinar Kelantan secara ansuran selama 7 bulan. Setelah berlalunya setahun Atan memiliki 90 gram emas dan 4 keping dinar Kelantan. Bagaimanakah cara zakat emas Atan dikeluarkan?
     
    1. 1. (90 gram x harga emas semasa) x 2.5% = A
    2. 2. (Berat 4 keping dinar emas x harga emas semasa) x 2.5% = B
    3. 3. A + B + harta lain berasaskan nisab emas seperti simpanan dan pelaburan x 2.5 % = Jumlah zakat.
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1119 Times
  • 8. Siti membeli emas bar seberat 100 gram secara ansuran daripada syarikat Kajang Gold. Kajang Gold menawarkan pelan pembayaran ansuran selama 12 bulan dan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.5%. Siti membayar ansuran bulanan sebanyak RM1000. Setelah pembayaran terakhir diselesaikan, syarikat Kajang Gold hanya menyerahkan emas bar 50 gram sahaja kepada Siti. Apakah status kewajipan zakat keatas emas yang dibeli oleh Siti?
     

    Diwajibkan zakat ke atas 50 gram sahaja dari emas yang diterima dengan cara dicampurkan ia bersama-sama dengan harta yang lain berasaskan nisab emas seperti simpanan dan pelaburan. Sekiranya nilai gabungan menyamai dan melebihi nisab emas maka barulah dikenakan zakat dengan kadar 2.5%

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 910 Times
  • 9. Apakah hukum zakat terhadap pelaburan emas tidak patuh Syariah?
     

    Jika pelaburan emas tersebut diakhiri dengan qabd (terimaan) maka diwajibkan zakat ke atas jumlah modal pelaburan sahaja.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 757 Times
  • 10. Apakah sandaran kadar uruf emas di Selangor yang digunakan pada masa ini?
     

    Sandaran berdasarkan kepada kajian pengguna-pengguna emas di Selangor. Keputusannya telah diputuskan oleh Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Selangor setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang diwartakan pada 23 Jun 2005.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1296 Times
  • 11. Pn Siti memiliki emas perhiasan seberat 820 gram.Uruf emas perhiasan di negeri Selangor ialah 800 gram. Hanya lebihan daripada uruf sahaja iaitu 20 gram wajib dizakatkan. Perlukan lebihan 20 gram ini dicampurkan dengan emas bukan perhiasan (gold bar, syiling emas) untuk mengira zakat emas.
     

    Ya, lebihan 20 gram ini perlu dicampur dengan emas bukan perhiasan. Katakan berat emas bukan perhiasan tersebut 70 gram, maka jumlah nilai 90 gram emas ini perlu dikeluarkan zakatnya.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1650 Times
  • 12. Adakah emas pun wajib dizakatkan?
     

    Ia wajib dikenakan zakat iaitu zakat emas bukan perhiasan wanita.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1028 Times
  • 13. Adakah perhiasan emas dan perak dikenakan zakat?
     

    Ya, perhiasan emas dan perak wajib dizakatkan sekiranya cukup syarat. Bagi perhiasan emas wanita, kewajiban zakat hanya dikenakan sekiranya melebihi uruf (adat pemakaian setempat). Ini adalah berdasarkan Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

    “…dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya (zakat) pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

    (Surah al-Taubah: ayat 34-35)

    Begitu juga dengan Hadis Nabi S.A.W. riwayat daripada Muslim yang bermaksud:

    “Tidak ada seorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan ke lambung, dahi dan belakangnya, setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya.”

    (Riwayat Muslim)

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1502 Times
  • 14. Adakah perlu dizakatkan bagi emas atau perak yang dijadikan jongkong emas atau yang dibuat pinggan mangkuk, piala, pingat, cenderamata dan lain-lain?
     

    Bijih emas atau bijih perak atau emas atau perak yang telah dilebur dan dijadikan jongkong-jongkong emas atau perak atau yang telah dijadikan perhiasan atau perkakas rumah seperti pinggan mangkuk, sudu dan lain-lain adalah wajib zakat pada tiap-tiap tahun     jika cukup syarat.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 827 Times
  • 15. Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan?
     

    Ya, emas perhiasan yang disimpan wajib dikeluarkan zakat dan hendaklah digabungkan dengan harta lain berdasarkan nisab emas seperti simpanan dan pelaburan. Sekiranya gabungan ini melebihi nisab barulah dikenakan zakat.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1162 Times
  • 16. Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
     

    Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya difaraidkan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 975 Times
  • 17. Adakah emas yang disimpan di dalam bank perlu dizakatkan?
     

    Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.”

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 954 Times
  • 18. Semasa ibu saya meninggal, beliau ada meninggalkan emas perhiasan pada saya sebanyak 900gram. Saya layak untuk membayar zakat tetapi tidak mampu untuk membayarnya. Adakah saya perlu menggadai separuh dari barang kemas itu untuk membayar zakat?
     

    Ya, zakat harus dibayar sama ada menggunakan wang sendiri atau menggunakan wang setelah digadai emas tersebut.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1143 Times
  • 19. Bagaimanakah kaedah pengiraan
     

     

    • Zakat emas perhiasan (اَلْحُلِّى)
    • Zakat emas bukan perhiasan (غَيْرُالحُلِّى)
    • Emas yang digadaikan
    • Zakat PerakKaedah pengiraan adalah seperti berikut :
      • Zakat emas perhiasan (اَلْحُلِّى). Wajib ke atas lebihan daripada uruf (uruf semasa ialah 800 gram).Kaedah pengiraannya adalah:

        [(Berat emas –berat uruf x harga semasa)] x 2.5% = Jumlah zakat

        Contoh:
        Berat emas yang dimiliki : 900 gram
        Uruf : 800 gram
        Harga emas semasa/gram (30 April 2013) : RM 144.38

        (900 – 800) gram x RM144.38 = RM14,438.00 x 2.5% = RM360.95

         

      • Kaedah pengiraan zakat emas bukan perhiasan (غَيْرُالحُلِّى). Zakat emas bukan perhiasan hanya wajib dikenakan sekiranya timbangan emas yang disimpan adalah sama atau melebihi nisab (≥85 gram).Kaedah pengiraannya adalah:

        Berat emas x harga semasa emas x 2.5% = Jumlah Zakat

        Contoh:
        Berat emas yang dimiliki : 50 gram syiling emas dan 50 gram sijil pelaburan emas di institusi perbankan / pelaburan Islam.
        Harga emas semasa/gram (30 April 2013) : RM 144.38

        100 gram x RM144.38 = RM14,438.00 x 2.5% = RM360.95

         

      • Kaedah pengiraan zakat emas bercagar. Wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan.[(Timbangan emas x harga semasa) – nilai pinjaman – upah simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat.
        [(200 gram x RM144.38 = RM28 876 )] – RM 10,000 – RM 76 ] x 2.5% =RM 470.
      • Kaedah pengiraan zakat perak. Bagi logam perak (sama ada yang dipakai atau disimpan), zakat hanya wajib dikenakan sekiranya timbangan perak adalah sama atau melebihi (>595 gram).Kaedah pengiraannya ialah:

        Berat perak x harga semasa perak x 2.5% = Jumlah Zakat

        Berat perak : 600 gram
        Harga semasa perak (30 April 2013) : RM2.45.

        600 gram x RM2.45 = RM1,470.00 x 2.5% = RM36.75.

     

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1351 Times
  • 20. Berapakah nisab zakat perak?
     

    Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham (595 gram).

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 943 Times
  • 21. Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
     

    Wajib. Emas yang digadai adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan.

    Kaedah kiraan zakat = [ (Berat emas gadaian/cagaran x harga semasa) – nilai pinjaman – upah simpan ] x 2.5%

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1302 Times
  • 22. Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
     

    Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat dan hendaklah digabung dengan harta lain yang berasaskan nisab emas seperti simpanan dan pelaburan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1268 Times
  • 23. Berapakah nisab zakat emas dan berapakah kadar yang dikenakan zakat?
     

    Nisab zakat emas ialah 85 gram. Ulama’ sepakat mengatakan bahawa emas apabila cukup 20 misqal, wajib dikenakan zakat. Kadar zakat emas ialah rubu’ al-‘usyur iaitu satu perempat puluh atau dua setengah peratus (1/40 atau 2.5%).

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 2005 Times
  • 24. Adakah emas perhiasan yang dipakai tidak dikenakan zakat?
     

    Ya, barang kemas yang dipakai tidak melebihi 800 gram (uruf). Namun lebihan daripada uruf hendaklah dizakatkan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1483 Times
  • 1. Apakah pengertian zakat perniagaan?
     

    Zakat yang diwajibkan ke atas aset perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, carigali, peruncitan, perdagangan import/eksport perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan, perbankan kewangan dan sebagainya.

    Perniagaan tersebut sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan pelbagai bentuk syarikat, koperasi dan sebagainya. Perniagaan tersebut merangkumi pemilikan swasta atau kerajaan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 917 Times
  • 2. Adakah benar zakat perniagaan mempunyai syarat-syaratnya tersendiri dan bukannya terhad kepada lima syarat wajib zakat yang biasa?
     

    Syarat umum wajib zakat ada lima iaitu Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup haul. Namun dalam satu-satu jenis zakat kadangkala terdapat syarat wajib ditambah dan begitu juga dengan zakat perniagaan. Oleh itu seorang peniaga diwajibkan membayar zakat perniagaan apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

    1-Islam
    2-Merdeka
    3-Modal perniagaan yang halal dan begitu juga aktivitinya
    4-Genap haul yang dikira dari tarikh perniagaan dimulakan hingga genap setahun perniagaan
    5-Cukup nisab pada akhir haul (tahun)
    6-Menjalankan perniagaan
    7-Milik sempurna dan boleh melakukan tasarruf[1]
    8-Niat (bermaksud) untuk berniaga

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1103 Times
  • 3. Apakah dalil wajib zakat perniagaan?
     

    Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
    “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”
    (Surah al-Baqarah ayat 267)

    Hadis Nabi S.A.W. sebagaimana dinyatakan oleh Samurah R.A. yang bermaksud:

    “Maka sesungguhnya, Rasulullah S.A.W. menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta yang kami sediakan untuk dijual…”
    (Riwayat Abu Daud)

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 881 Times
  • 4. Apakah dalil wajib zakat perniagaan bagi syarikat?
     

    Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
    “Dan tidak boleh dicampur ternakan yang telah terpisah. Begitu juga tidak boleh dipisah-pisahkan ternakan yang telah bercampur disebabkan takut mengeluarkan zakat. Adapun bagi dua orang yang bercampur ternakannya, hendaklah di selesaikan (zakat) berdasarkan nisbah.
    (Riwayat al-Bukhari)

    Dalil tersebut menunjukkan bahawa semua jenis perniagaan orang Islam wajib dikeluarkan zakat apabila cukup syarat-syaratnya.
    Terdapat pelbagai jenis pemilikan perniagaan yang bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pengeluaran dan pengagihan barang-barang dan perkhidmatan iaitu:
    1-Perniagaan persendirian (tunggal)
    2-Perniagaan secara perkongsian
    3-Perniagaan syarikat
    4-Koperasi

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 795 Times
  • 5. Bagaimanakah kaedah pengiraan zakat perniagaan?
     

    Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan iaitu:

    1. Kaedah Modal Berkembang (Growth Capital)
      Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Dalam istilah yang lebih ringkas ialah modal dicampurkan dengan keuntungan.Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa + /- Pelarasan = Harga Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat
    2. Kaedah Model Modal Kerja (Working Capital)
      Ia mengambil kira kedudukan harta semasa perniagaan, ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat sama ada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenal pasti perlu ditambah atau membuat tolakan.Aset Semasa – Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harga Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1102 Times
  • 6. Adakah harus bagi seseorang peniaga mengeluarkan zakat dengan menggunakan zat barang perniagaan atau dengan mata wang?
     

    Harus kedua-duanya. Tetapi digalakkan menggunakan mata wang. Ini adalah berdasarkan Riwayat Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. berkata kepada al-Hammas yang bermaksud:

    “Keluarkanlah zakat hartamu.” Hammas menjawab : Aku hanya memiliki beberapa guni kulit.” Baginda menjawab: “Kirakan nilainya kemudian keluarkanlah zakat (dari barangan tersebut). Zakat juga harus dikeluarkan dalam bentuk barangan (mata benda) dari jenis harta yang diperniagakan.”
    (Riwayat Imam Ahmad)

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 640 Times
  • 7. Apakah perbezaan antara cukai korporat dan zakat?
     

    Zakat telah ditentukan kewajipannya oleh Allah S.W.T. sedangkan cukai ditentukan oleh pemerintah (kerajaan).

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 687 Times
  • 8. Mengapa zakat perniagaan tidak dikira berdasarkan keuntungan?
     

    Asas zakat perniagaan bukan atas keuntungan (jualan tolak kos belian) tetapi ialah nilai barang perniagaan pada hujung haul perniagaan. Ini berdasarkan mafhum sebuah hadis iaitu :

    Daripada Samurah bin Jundub :

    كانَ رسول ُاللَّه ِصلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ يأمُرُناأن نُخْرِجَ الصَّدقةَ من الَّذي نعدُّهُ للبيعِ

    (رواه ابوداود و دارقطني)  

    “Sesungguhnya Rasulullah SAW menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual.”

    (Riwayat Abu Daud dan Daruqutni)

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 924 Times
  • 9. Jika perniagaan saya mengalami kerugian,adakah wajib saya membayar zakat perniagaan?
     

    Wajib, ini kerana “kerugian” adalah satu situasi dalam perniagaan atau sebarang usaha ekonomi dimana pulangan yang diterima adalah kurang daripada kos (kewangan dan masa) yang dilaburkan. Akan tetapi secara umum fiqh zakat tidak hanya memandang kepada keuntungan atau kerugian sebagai asas, tetapi turut melihat kepada nilai harta perniagaan seseorang pada masa hujung haul.

    Contohnya Pak Abu memiliki harta perniagaan bernilai RM50,000 namun mengalami kerugian RM10,000 dalam satu urusniaga sebab beliau ditipu. Pada hujung haul, nilai harta perniagaan beliau adalah RM35,000 (melebihi nisab). Oleh itu kiraan zakat perniagaan beliau adalah RM 35,000 darab 2.5%.

    Dalam contoh yang lain, katakan seorang petani memiliki beberapa bidang sawah padi yang hampir masak. Menurut kebiasaan, dia boleh mendapatkan hasil tuaian padi sekitar 10 tan daripada tanah sawahnya. Tetapi pada musim menuai ini, berlaku banjir yang menggelamkan separuh daripada tanah sawahnya. Oleh itu pada musim ini, petani tersebut hanya mendapat hasil sebanyak 4 tan sahaja, dimana beliau kerugian sekitar 6 tan hasil padi yang sudah hampir masak. Akan tetapi petani tersebut tetap wajib menunaikan zakat padi kerana hasil tuaiannya melebihi nisab zakat padi iaitu 1.306 tan.

    Walaubagaimanapun,jika perniagaan sesorang itu mendapat keuntungan pada tahun itu tetapi disebabkan harta perniagaan itu tidak mencapai nisab maka tidak diwajibkan zakat.

    Dalil dan hujah mengeluarkan zakat perniagaan adalah seperti berikut :

    i. Al Quran
    Firman Allah SWT :

    {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الأرْضِ ۖ

    وَلاَ تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِآخِذِيهِ إِلاَّ أَن تُغْمِضُوا فِيهِ ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ

    اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ.}

    Maksudnya :
    “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”

    (Surah al-Baqarah ayat 267)

    ii. Hadis
    Daripada Samurah bin Jundub :

    كانَ رسول ُاللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّم َيأمُرُنا أن نُخْرِج َالصَّدقة َمن الَّذي نعدُّهُ للبيعِ

    (رواهابوداودودارقطني)

    Maksudnya :

    “Sesungguhnya Rasulullah SAW menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual”

    iii. Athar
    Daripada Abu‘Amru ibn Hammas daripada bapanya, ia berkata:

    “Dia menjual kulit dan bekas panah dari kulit. Kemudian Umar ibn al-Khattab singgah padaku. Dia bertanya: “Apakah engkau keluarkan zakat hartamu?” Aku menjawab: “Ya Amirul Mukminin,sesungguhnya ia adalah kulit.” Umar berkata: “Taksirlah kemudian keluarkan zakatnya”

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1041 Times
  • 1. Apakah dalil kewajipan zakat KWSP?
     

    Dalil wajib zakat KWSP adalah dalil wajib zakat simpanan secara amnya.

    Firman Allah SWT:

    وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

    ۖيَوْمَ يُحْمَىٰ عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ

    .هَٰذَا مَا كَنَزْتُمْ ِلأَنفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنتُمْ تَكْنِزُونَ

    Maksudnya:

    “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”

    (Surah al-Taubah ayat 34 -35)

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1354 Times
  • 2. Saya telah mengeluarkan KWSP sebanyak RM 17 ribu. 3 tahun berikutnya dikeluarkan lagi RM 15 ribu. Berapakah jumlah zakat KWSP yang perlu dikeluarkan?
     

    Kedua-duanya wajib zakat pada masa ia dikeluarkan dengan kadar 2.5%
    RM 17,000 x 2.5% = RM 425 dan RM 15,000 x 2.5% = RM 375. Jumlah zakat ialah RM 800.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1797 Times
  • 3. Adakah dikenakan zakat KWSP jika wang dikeluarkan secara bulanan untuk membayar rumah dan wang tersebut dibayar kepada bank oleh KWSP?
     

    Ya, zakat diwajibkan ke atas keseluruhan jumlah pengeluaran (ditaksir bersama zakat pendapatan yang lain).

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1807 Times
  • 4. Adakah dikenakan zakat KWSP jika wang dikeluarkan digunakan untuk pembelian saham seperti skim anuiti, unit trust dan sebagainya?
     

    Wang dikeluarkan bagi tujuan pelaburan wajib dizakatkan apabila pengeluaran boleh dilakukan mengikut syarat umur KWSP.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1367 Times
  • 5. Perlukah pencarum KWSP mengasingkan dividen atau bonus ketika membayar zakat setelah milik sempurna/pengeluaran dilakukan ?
     

    Tidak perlu. Jumlah pengeluaran KWSP yang wajib dizakatkan adalah keseluruhannya (pokok + dividen + bonus) TANPA perlu diasingkan (tidak perlu pembersihan) pulangan dividen atau bonus yang tidak patuh syariah. Ini kerana para penyimpan diwajibkan mencarumoleh pihak kerajaan tanpa ada pilihan (ijbari). Penyimpan juga tidak wajar dibebankan ke atas sesuatu tindakan kerajaan yang di luar kawalan mereka.

    Kaedah fiqh:

    تَصَرُّفُ الْأِمَاِم عَلَى الرَّاعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

    iaitu “tindakan pemerintah terhadap rakyat harus terikut dengan kemaslahatan” membenarkan pengurusan wang rakyat oleh kerajaan mengikut Akta KWSP 1991.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1080 Times
  • 6. Adakah perlu menunggu tempoh setahun untuk membayar zakat KWSP?
     

    Tidak perlu menunggu setahun atau cukup haul.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1593 Times
  • 7. Sekiranya saya mengeluarkan sebahagian wang KWSP, adakah baki yang tinggal dalam akaun KWSP perlu dizakatkan?
     

    Zakat hanya dikenakan ke atas bahagian wang yang dikeluarkan tetapi baki di dalam akaun KWSP tidak wajib dikenakan zakat pada masa itu kerana tidak milik sempurna.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1651 Times
  • 8. Mengapakah wang caruman KWSP yang disimpan tidak wajib zakat?
     

    Wang caruman KWSP yang disimpan tidak wajib dizakat kerana belum sempurna milik dan si pencarum tidak dapat menggunakan wang tersebut.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1574 Times
  • 9. Adakah seseorang itu wajib membayar zakatnya sedangkan orang itu menanggung hutang sejumlah yang hampir sama dengan nilai wang KWSP yang diperolehinya?
     

    Diwajibkan membayar zakat wang KWSP yang diperolehi terlebih dahulu sebelum membayar hutang (jika hutang tersebut adalah hutang tertangguh atau hutang jangka panjang).

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1614 Times
  • 10. Merujuk kepada keputusan fatwa bagi KWSP, apakah yang dimaksudkan dengan ayat 'digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun'. Adakah ia bermaksud pembayar mempunyai pilihan sama ada hendak membayar zakat ataupun tidak?
     

    Merujuk kepada Fatwa Kutipan 2013, “digalakkan” bermaksud wajib dibayar secara serta merta.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1506 Times
  • 11. Adakah zakat yang dikeluarkan daripada KWSP dibayar menggunakan wang KWSP atau sumber wang lain?
     

    Zakat tersebut boleh dibayar menggunakan daripada mana-mana sumber wang yang halal.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1415 Times
  • 12. Mengapakah ketetapan zakat KWSP dibahagi mengikut ketetapan umur sebelum 55 tahun, semasa atau mencapai umur 55 tahun dan selepas umur 55 tahun?
     

    Ini kerana setiap peringkat umur itu tahap pemilikan sempurna keatas wang KWSP adalah berbeza-beza.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1275 Times
  • 13. Bagaimanakah kaedah taksiran zakat KWSP ketika pengeluaran umur sebelum 55 tahun.
     

    Jika pembayar zakat layak untuk membayar zakat pendapatan maka setiap pengeluaran wang KWSP wajib dizakatkan keseluruhannya. Jika pembayar tidak layak untuk membayar zakat pendapatan maka jumlah pengeluaran hendaklah ditaksir mengikut zakat pendapatan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1556 Times
  • 14. Bagaimanakah kaedah taksiran zakat KWSP ketika umur telah mencapai 55 tahun?
     

    Jika pembayar zakat layak untuk membayar zakat pendapatan maka seluruh jumlah wang KWSP wajib ditaksirkan sebagai zakat simpanan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1381 Times
  • 15. Bagaimanakah kaedah taksiran zakat KWSP ketika umur telah melebihi 55 tahun?
     

    Jika seseorang itu tidak lagi mencarum maka seluruh simpanan KWSP akan ditaksir sebagai wang simpanan. Walaubagaimanapun jika masih ada caruman maka tolakan caruman tersebut tidak boleh ditolak dalam taksiran zakat pendapatan kerana telah memenuhi syarat pemilikan sempurna.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1453 Times
  • 1. Adakah hutang WAJIB untuk dizakatkan?
     

    Ya, hutang wajib dizakatkan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1520 Times
  • 2. Kepada penghutang / penerima hutang, apakah jenis hutang yang boleh ditolak daripada harta wajib zakat?
     

    Hutang yang tertunggak dan perlu dibayar segera pada tarikh haul.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1309 Times
  • 3. Encik Ali memberi hutang kepada Encik Ahmad sebanyak RM 17 000 dengan perjanjian bahawa Encik Ahmad akan menggantikan semula wang tersebut selepas setahun 3 bulan. Ali sangat meyakini Ahmad mampu dan akan menggantikan semula wang yang diberi pinjam kepadanya pada tempoh yang dijanjikan. Apabila genap setahun haul, perlukah Ali mengira wang tunai yang telah diberikan hutang kepada Ahmad iaitu RM 17 000 untuk dikeluarkan zakat ke atasnya? Sekiranya ya, berapakah jumlah zakat yang perlu dikeluarkan oleh Encik Ali?
     

    Ya, Ini kerana RM 17 000 tersebut adalah masih lagi miliknya yang sempurna dan jumlah kiraan zakat beliau ialah : RM 17 000 x 2.5 % = RM 425.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1117 Times
  • 4. Encik Syahir telah memberi pinjam kepada Encik Harun sebanyak RM 20 000. Encik Harun telah berjanji akan membayarnya selepas setahun. Walaubagaimanapun, selepas beberapa tahun berlalu Encik Harun masih tidak mampu membayar hutang Syahir tersebut. Perlukah Syahir membayar zakat hutang tersebut?
     

    Tidak perlu kerana ia hutang yang tidak diyakini dapat diperolehi dan diketahui bila Encik Harun akan membayar kepada En Syahir semula. Encik Syahir hanya perlu bayar selepas berlalu setahun haul setelah menerima hutang tersebut.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1056 Times
  • 5. Encik Samad telah cukup nisab untuk membayar zakat simpanan pada akhir haul tahun ini. Walaubagaimanapun, Encik Samad teringat hutang yang telah dijanjikan untuk dibayar segera kepada Encik Razak. Bolehkah Encik Samad menolak hutang tersebut daripada kiraan zakat simpanannya meskipun ia akan mengurangi nisab zakat simpanannya?
     

    Boleh kerana ianya hutang yang perlu segera dibayar dan tidak boleh tertangguh lagi.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1200 Times
  • 6. Encik Karim berhutang dengan Puan Rina sebanyak RM15 000. Walaubagaimanapun, Puan Rina tidak mendesak Karim untuk membayar hutangnya dengan kadar segera kerana Encik Karim mempunyai prestasi menguruskan kewangan dengan baik lagipun Karim merupakan adik kandung Puan Rina. Pada hujung haul, Karim menjumlahkan semua zakat hartanya dan melebihi nisab. Bolehkah Encik Karim menolak jumlah hutang yang perlu dibayar olehnya kepada Puan Rina dalam kiraan zakat harta tersebut?
     

    En Karim boleh menolak jumlah bayaran hutangnya kepada Puan Rina semasa mengira zakat hartanya kerana pembayaran hutang tersebut wajib dibayar oleh beliau dengan kadar segera.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 945 Times
  • 7. Puan Mimi ingin mengeluarkan zakat ke atas jumlah wang pinjaman peribadi Bank Rakyat yang telah dilaburkannya di dalam bentuk akaun pelaburan di beberapa buah institusi kewangan. Dalam kiraan zakat ke atas wang pinjaman beliau yang telah dilaburkan tersebut, apakah hutang yang boleh ditolak daripadanya?
     

    Jumlah hutang bayaran bulanan pinjaman peribadi beliau pada tahun semasa sahaja.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 895 Times
  • 8. Bagaimanakah cara pengiraan zakat bagi wang yang dipinjam daripada bank yang mengamalkan perbankan islam dan konvensional untuk tujuan pelaburan?
     

    Bagi wang yang dipinjam samada daripada perbankan islam atau konvensional untuk tujuan pelaburan cara pengiraan zakatnya adalah seperti berikut :
    Pada hujung haul :
    (Jumlah wang / pelaburan – hutang ansuran tertangguh) x 2.5%

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1012 Times
  • 1. Apakah Zakat Gabungan Nisab Emas?
     

    Zakat Ke Atas Harta Berasaskan Nisab Emas bermaksud segala jenis harta yang mempunyai ‘illah yang sama dengan emas akan dicampurkan kesemuanya bagi tujuan kiraan zakat seperti jumlah wang simpanan di bank-bank/rumah, jongkong/dinar emas, saham dan lain-lain lagi yang digabungkan untuk mencukupkan nisab 85 gram emas.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1003 Times
  • 2. Bagaimanakah kaedah taksiran Zakat Gabungan Nisab Emas?
     

    Kaedah taksiran Zakat Ke Atas Harta Berasaskan Nisab Emas dibahagikan seperti berikut :-

    a)Syarat Tanpa Haul

    • Harta / Pendapatan Asas Nisab Emas – Had Kifayah & Tolakan Lain = Jumlah Pendapatan Kena Zakat (Melebihi Nisab)
    • Jumlah Pendapatan Kena Zakat – Caruman tahun semasa di Institusi yang telah membuat tolakan zakat = Jumlah Pendapatan Wajib Zakat
    • Jumlah Pendapatan Wajib Zakat x 2.5% = Jumlah Zakat

    b) Syarat Haul

    • Harta / Pendapatan Asas Nisab Emas – pelarasan + penentuan kecukupan nisab = Jumlah Harta
    • Jumlah Harta x 2.5% = Jumlah Zakat
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 880 Times
  • 3. Apakah kategori harta zakat yang tergolong dalam nisab emas?
     

    3.1 Tanpa Syarat Haul

    • Harta/Hasil Pendapatan
    • Pendapatan dari Perniagaan Milikan Tunggal (Ambilan)
    • Pengeluaran Wang KWSP
    • Hasil/Sumber Pemberian

    3.2 Syarat Haul

    • Emas Perhiasan dan Bukan Perhiasan
    • Wang Simpanan
    • Saham dan Pelaburan
    • Perniagaan Milikan Individu
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 869 Times
  • 4. Mengapakah pendapatan dan simpanan dikategorikan sebagai dibawah nisab emas?
     

    Jumhur ulama’ bersepakat meletakkan ia dibawah nisab emas kerana kedua-duanya merupakan medium pertukaran dalam urusan muamalat dan jual beli masa kini.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 788 Times
  • 5. Berapakah nisab yang disandarkan untuk taksiran zakat gabungan nisab emas?
     

    Nisab yang disandarkan untuk taksiran zakat ke atas harta berasaskan nisab emas adalah bersamaan berat 85 gram emas.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 950 Times
  • 6. Apakah syarat zakat yang membezakan jenis-jenis harta / pendapatan dalam taksiran zakat gabungan nisab emas?
     

    Syarat yang membezakan jenis jenis-jenis harta / pendapatan dalam taksiran zakat ke atas harta berasakan nisab emas adalah syarat haul dan tanpa haul.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 1163 Times
  • 7. En. Mohd. Ali merupakan seorang kakitangan kerajaan yang memilih skim pencen. Pendapatan setahun beliau ialah sebanyak RM 90 240. Isteri beliau merupakan suri rumah sepenuh masa. Tiga daripada enam anaknya telah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri. Manakala dua orang anaknya sedang belajar di IPT awam dan seorang lagi anaknya berumur 6 tahun. Selain daripada menerima gaji, berikut ialah jumlah aset / harta beliau yang tertakluk untuk dizakatkan :
     

    No

    Aset Wajib Zakat

    Jumlah
    1Emas jongkong berat 53gramRM9,500
    2Wang Simpanan di Maybank IslamicRM3,000
    3Wang simpanan di dalam peti besi di rumahRM1,500
    4Saham pelaburan yang disimpan hingga ke hujung haul / tahunRM75,000

    Bagaimanakah langkah – langkah pengiraan zakat untuk En Mohd. Ali?

    a)Bagi pengiraan zakat pendapatan adalah seperti berikut

    • (RM 90 240 – had kifayah) = Jumlah pendapatan (melebihi nisab)
    • Jumlah pendapatan x 2.5% = Jumlah Zakat Pendapatan

    b)Bagi pengiraan zakat harta lain berasaskan nisab emas adalah seperti berikut :

    • (RM 9500 + RM 3000 + RM 1500 + RM 75 000) x 2.5% = Jumlah Zakat
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 816 Times
  • 1. Apakah itu nilai tunai (cash value) takaful?
     

    Nilai simpanan/pelaburan yang boleh dikeluarkan daripada polisi takaful tanpa perlu membatalkan polisi takaful.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 805 Times
  • 2. Bagaimanakah pampasan insurans konvensional dizakatkan?
     

    Hanya jumlah caruman sahaja yang wajib dizakatkan sebanyak 2.5%

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 763 Times
  • 3. Bagaimanakah nilai tunai (cash value) dizakatkan?
     

    Jumlah simpanan polisi takaful yang boleh dikeluarkan x 2.5%

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 768 Times
  • 4. Abdullah telah mencarum di dalam plan takaful keluarga. Sebahagian daripada caruman takaful tersebut akan diletakkan di dalam bahagian simpanan/pelaburan oleh syarikat takaful. Tiba di hujung haul dia ingin membayar zakat simpanan nilai tunai (cash value) polisi takafulnya. Apakah langkah kiraan zakat bagi nilai tunai (cash value) polisi takaful Abdullah?
     

    (Jumlah simpanan – nilai simpanan minimum yang perlu kekal dalam polisi) x 2.5%

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 718 Times
  • 5. Puan Zainab baru kematian suami akibat kemalangan jalan raya. Walaubagaimanapun, suaminya sempat mencarum takaful semasa hayatnya dan layak memerima pampasan takaful tersebut. Bagaimanakah zakat ke atas pampasan takaful tersebut setelah dia menerimanya?
     

    Puan Zainab wajib menunaikan zakat pendapatan ke atas pampasan takaful tersebut selepas ditolak untuk penyelesaian hutang simati (hutang zakat/hutang sesama manusia dan lain – lain) dan upah haji sekiranya simati belum mengerjakan fardhu haji.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 700 Times
  • 6. En Zubir menunggang motosikal setiap hari untuk ke pejabat. Setiap tahun beliau akan mencarum takaful sebagai perlindungan jika beliau kemalangan. Walaubagaimanapun, pada tahun berikut beliau menerima semula pulangan tunai disebabkan tiada tuntutan pada tahun sebelumnya. Bagaimanakah zakat En Zubir terhadap pulangan tunai tersebut?
     

    En Zubir wajib menunaikan zakat pendapatan terhadap pulangan tunai tersebut. Jika tidak mencukupi nisab, En Zubir wajib mencampurkan zakat tersebut dengan harta/pendapatan lain untuk mencukupkan nisab.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 676 Times
  • 7. En Azlan mengalami kemalangan ketika pulang dari tempat kerja. Akibat daripada kemalangan itu beliau di sahkan lumpuh dan tidak boleh bekerja. Walaubagaimanapun, beliau merupakan pencarum bulanan takaful dan layak memperolehi manfaat keilatan kekal dan menyeluruh. Bagaimanakah zakat En Azlan apabila beliau mendapat manfaat keilatan kekal dan menyeluruh.
     

    En Azlan wajib zakat pendapatan terhadap pampasan manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan atau sebab penyakit tertentu.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 649 Times
  • 8. Pn Aminah baru kematian suami akibat kemalangan jalan raya. Walaubagaimanapun, suaminya mencarum insurans konvensional semasa hayatnya dan Puan Aminah layak menerima pampasan insurans tersebut. Bagaimanakah zakat terhadap pampasan insurans konvesional tersebut?
     

    Pn Aminah hanya perlu membayar zakat pendapatan untuk bayaran pokok pembeli polisi (semasa hayat suaminya) sahaja. Ini kerana pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris dikira sebagai harta yang tidak patuh syariah dan tidak tertakluk kepada zakat.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 566 Times
  • 9. Isteri En Nazri meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja. Walaubagaimanapun, majikannya ada membuat caruman insurans konvensional kepada kesemua majikannya jika berlaku musibah atau kemalangan. Oleh itu, En Nazri layak mendapat pampasan dari majikan isterinya. Bagaimanakah zakat ke atas pampasan insurans konvensional dari majikan arwah isteri beliau?
     

    En Nazri wajib membayar zakat pendapatan keatas keseluruhan jumlah pampasan daripada insurans konvensional yang telah dicarumkan oleh majikan. Ini kerana pampasan tersebut merupakan hibah dari majikan dan caruman tersebut bukan caruman dari arwah isteri En Nazri.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 662 Times
  • 1. Bolehkah pemilik harta menqadakan zakatnya secara beransur-ansur?
     

    Boleh, sebaik-baiknya qada zakat dibuat secara penuh. Namun jika jumlahnya terlalu besar, ia boleh dibayar secara beransur-ansur.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 465 Times
  • 2. Apakah syarat-syarat tertentu untuk mengira qada zakat?
     

    Syarat-syaratnya adalah :

    1. Memastikan jenis harta yang hendak diqadakan.
    2. Memastikan tahun zakat yang hendak diqadakan.
    3. Memastikan nisabnya (mengikut tahun yang perlu dizakatkan)
    4. Membuat taksiran zakat.
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 607 Times
  • 3. Bagaimanakah seseorang yang mahu tunai qada zakatnya jika tiada maklumat yang terperinci?
     

    Tunaikan zakatnya mengikut tahun dan nilai harta terhampir jika tiada maklumat tahun qadha zakat.

    Contoh :

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 542 Times
  • 4. Adakah wajib qada zakat atas harta dahulu bagi seseorang yang banyak harta tetapi kini telah muflis?
     

    Hukumnya wajib :

    1. Bila ada kemampuan (duit atau harta)
    2. Waris wajib bayarkan zakat, jika merima harta dari simati
    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 411 Times
  • 5. Bagaimanakah seseorang yang telah bekerja selama 10 tahun tetapi tidak tahu dan tidak pasti anggaran serta harta tersebut perlu dizakatkan?
     

    Pegawai LZS akan membantu membuat anggaran untuk pengiraan bayaran zakat.

    Contoh :

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 456 Times
  • 6. Pihak manakah yang akan menguruskan qada zakat bagi harta pusaka seseorang yang telah meninggal dunia?
     

    Keluarga atau pihak Baitulmal akan menguruskan urusan qada zakat tersebut.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 306 Times
  • 7. Bilakah bermulanya pengiraan qada zakat bagi harta muallaf yang memeluk Islam?
     

    Bermula dari tarikh memeluk Islam.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 375 Times
  • 8. Wajib membayar qada zakat perniagaan tetapi tiada tunai. Bolehkah membayar zakat tersebut dengan harta fizikal?
     

    Harta atau aset tersebut perlu dicairkan.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 504 Times
  • 9. Jika sekiranya amaun taksiran yang dilaksanakan terlalu tinggi. Bolehkah ianya dilaksanakan zakat secara sedikit demi sedikit?
     

    Pemilik harta perlu sedaya upaya melunaskan bayaran zakat yang belum
    dilaksanakan mengikut kadar yang termampu. Jika sekiranya kadar zakat yang belum
    ditunaikan sangat tinggi. Ianya boleh ditunaikan secara sedikit demi sedikit sehingga
    semua bahagian zakat yang wajib ditunaikan selesai.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 368 Times
  • 10. Bagaimana untuk mengira qada zakat yang pelbagai jenis dan nisab yang berlainan?
     

    Kaedah kiraan yang sesuai yang diunjurkan oleh LZS adalah dengan menggunakan kaedah gabungan nisab. Iaitu mengambil illat yang sama dengan uruf emas (kecuali
    pertanian, ternakan). Untuk maklumat terkini berkaitan nisab sila layari:

    https://www.zakatselangor.com.my/info-terkini-nisab-emas-dan-perak/

    Contoh kiraan seseorang yang mahu tunai qadha zakatnya jika tiada maklumat yang terperinci hartanya (boleh mengambil kira nilai yang diyakini) dan mengikut gabungan
    nisab yang terakhir.

    Was this answer helpful ? Yes / No
    Viewed 844 Times