Adakah Hasil Jualan Rumah Wajib Dizakatkan?

0
6498
Adakah hasil jualan rumah wajib dizakatkan
Adakah hasil jualan rumah wajib dizakatkan
Adakah hasil jualan rumah wajib dizakatkan
Adakah hasil jualan rumah wajib dizakatkan

Soalan: Bapa saya menjual rumah dengan harga RM400,000. Hasil jualan dibahagi dua bahagian. Bapa RM200,000. Ibu RM200,000. Wang RM200,000 tadi bapa gunakan untuk membeli rumah pusaka di kampung yang diwarisi bersama-sama dengan adik beradik lain. Rumah pusaka tersebut kini menjadi milik bapa sepenuhnya. Bapa juga ada menerima wang pusaka berjumlah RM40,000. Adakah hasil jualan rumah RM200,000 yang menjadi milik bapa wajib dizakatkan?

Jawapan: Hasil jualan rumah RM200 ribu tersebut wajib dizakatkan sebanyak 2.5% iaitu selepas ditolak kesemua kos-kos yang terlibat dalam penjualan rumah tersebut. Namun begitu, oleh kerana rumah tersebut adalah atas nama bersama ibu dan bapa, maka hasil jualan rumah RM400 ribu tersebut hendaklah dizakatkan terlebih dahulu berdasarkan prinsip hukum jualan harta perkongsian (khultah) antara pihak bapa dan isterinya, iaitu selepas menolak kos-kos jualan yang terlibat.

Sebagai contoh:

Harga jualan rumah = RM 400K

Kos-kos terlibat dalam jualan rumah = RM 25K

Kiraan zakat = RM400K – RM 25K = RM375K x 2.5% = RM 9,375.0