Bantuan Banjir Zakat Selangor
Utama Bantuan Banjir Zakat Selangor
Pengenalan
Bantuan Banjir Zakat Selangor adalah bantuan kepada Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang terjejas dengan bencana banjir yang berlaku di seluruh Negeri Selangor.
Sumbangan berbentuk 'one-off payment' ini merupakan salah satu inisiatif Lembaga Zakat Selangor untuk meringankan beban asnaf yang terkesan dengan bencana banjir tersebut.
Semoga dengan bantuan ini dapat membantu asnaf yang terjejas tersebut.
Objektif
- Membantu golongan Asnaf di Lembaga Zakat Selangor yang terjejas akibat banjir yang melanda negara kita sekarang.
- Meringankan beban Asnaf bagi menghadapi musim banjir dan musim persekolahan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Syarat-syarat Permohonan
- Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari pautan ini BANTUAN BANJIR ZAKAT SELANGOR dan seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan. Sumbangan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.
- Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
Soalan Lazim Sumbangan Bantuan Banjir Zakat Selangor
Pengiraan Haddul Kifayah digunapakai bagi mengira perbandingan pendapatan dan perbelanjaan seisi rumah dengan lebih terperinci dan menyeluruh. Kaedah pengiraan Haddul Kifayah ini juga telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. Sila layari portal https://spzasrm.zakatselangor.com.my melalui laman web LZS di www.zakatselangor.com.my serta ikuti langkah-langkah permohonan. Pemohon juga tidak perlu menghantar sebarang dokumen fizikal ke LZS. Tempoh permohonan sumbangan ini akan dibuka bermula pada tarikh 11/12/2018 jam 12.01 am dan akan tamat pada 10/02/2019 jam 11.59 pm. Syarat kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
- Permohonan hanya untuk pra sekolah/tadika hingga tingkatan lima (sesi persekolahan 2019 sahaja)
- Pendapatan seisi rumah melebihi daripada Haddul Kifayah dengan julat lebihan tidak melebihi jumlah maksimum RM3,000.00
Contoh Pengiraan Had Kifayah : [ CONTOH PENGIRAAN ]
Pautan : [ KIRA HADDUL KIFAYAH ANDA SEKARANG ] Terdapat tujuh (7) dokumen yang wajib dimuat naik (upload) oleh pemohon sewaktu permohonan dibuat. Dokumen tersebut adalah seperti berikut:
- Kad pengenalan ketua keluarga
- Kad pengenalan pasangan
- *Borang A (Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga)
- *Borang B (Borang Pengesahan Sekolah Rendah & Menengah Dalam Selangor Sahaja)
- *Borang C (Borang Pengesahan Maklumat Tanggungan Ketua Keluarga)
- Penyata akaun bank ketua keluarga
- Penyata / slip gaji ketua keluarga/pasangan dan tanggungan lain (sekiranya pendapatan melalui kerja bermajikan)
Muat Turun Borang Sokongan
Bil | Borang | Muat Turun |
---|---|---|
1 | Borang A (Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga) | Muat Turun Borang |
2 | Borang B (Dalam Selangor Sahaja) | Muat Turun Borang |
3 | Borang C (Borang Pengesahan Maklumat Ketua Keluarga) | Muat Turun Borang |