LZS TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN KUMPULAN PERANGSANG RM1.1 JUTA

0
445

SHAH ALAM, 27 Jun 2019 – Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan anak syarikat hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM1,118,724.81 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Perangsang di sini.

Penyerahan cek zakat perniagaan tersebut disempurnakan oleh Pengerusinya, Raja Shahreen Raja Othman kepada Ketua Divisyen Kutipan LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Hadir sama Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.