Zakat Selangor Peduli
Utama Zakat Selangor Peduli
Syarat-syarat Permohonan
- Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
- Beragama Islam
- Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
- Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
- Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
- Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.
- Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:
- Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
- Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
- Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
- Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.
SOALAN LAZIM
Bantuan Zakat Selangor Peduli ialah inisiatif Lembaga Zakat Selangor dalam membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19. Bantuan ini adalah kesinambungan daripada produk bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC19) dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan (BAIT).Bantuan ini ditawarkan kepada individu B40 yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan yang memenuhi syarat dan kriteria yang tertentu. Ia BUKAN UNTUK ASNAF fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan LZS. Permohonan bantuan ini dibuka secara rasminya bermula bulan Julai 2021. Permohonan bagi bantuan Zakat Selangor Peduli ini boleh diakses melalui pautan ini : Zakat Selangor Peduli
** Note : Sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343. Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
- Beragama Islam
- Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
- Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
- Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
- Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.
Individu yang terkesan akibat COVID-19 seperti berikut:
- Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
- Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
- Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
- Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.
- Lain-lain
- Salinan I/C ketua keluarga dan pasangan
- Salinan I/C atau sijil kelahiran tanggungan
- Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
- Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja)
- Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan)
- Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan nombor akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon.
- Bil utiliti TNB / Air / IWK / Cukai dll (satu sahaja)
- Pengesahan status perkahwinan (dimuat naik dalam lain-lain dokumen dalam portal).
- Pengesahan / Memo status kesihatan pemohon/tanggungan daripada pakar atau doktor perubatan (sekiranya memilih pernyataan masalah (b))
- Sebut harga / penggesahan kos rawatan daripada pakar, doktor perubatan, farmasi atau syarikat pembekal. (sekiranya memilih pernyataan masalah (b))
- Dokumen berkaitan dengan hutang yang perlu dijelaskan dengan kadar segera. (sekiranya memilih pernyataan masalah (c))
- Untuk mengenalpasti masalah pemohon; dan
- Untuk mencadangkan jenis bantuan yang wajar disalurkan kepada pemohon – berdasarkan siasatan susulan daripada pihak LZS.
Pemohon boleh membuat pilihan pernyataan masalah berkaitan diri dan keluarga. Manakala bagi pilihan pernyataan masalah (b) dan (c), pemohon dikehendaki memuatnaik dokumen sokongan yang berkaitan.
Dokumen yang diperlukan adalah berdasarkan penyataan masalah yang dipilih. Setiap permasalahan memerlukan beberapa dokumen tambahan atau berbeza. Ketua keluarga ialah Individu samada bapa / ibu / penjaga / ahli keluarga contoh seperti suami / isteri / penjaga / ahli keluarga yang bertanggungjawab menanggung sesebuah keluarga. Tidak boleh. Sekiranya mereka berdaftar sebagai asnaf fakir/miskin dan muallaf boleh merujuk terus dengan Penolong Amil Kariah atau Eksekutif Operasi Agihan Daerah di kawasan masing-masing. Untuk Bantuan Keperluan Hidup kali ke-2 dan ke-3, pemohon boleh melayari pautan ZAKAT SELANGOR PEDULI dan mengesahkan permasalahan mengikut pernyataan yang disediakan seperti berikut:
- Saya terputus bekalan makanan atau perbelanjaan harian ketika ini.
- Saya / Tanggungan saya menghidapi penyakit kronik serta memerlukan rawatan bualanan.
- Saya mempunyai tunggakan hutang yang memerlukan penyelesaian segera.
- Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
- Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
- Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.
- Status permohonan boleh disemak melalui pautan Zakat Selangor Peduli selepas 7 hari bekerja
- Bagi yang ingin mendapatkan Status Bayaran Zakat (Sekiranya lulus), anda boleh menyemak dengan Login ke Sistem eZakat ONLINE kami di pautan ini : Sistem eZakat ONLINE
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Ini
Bil | Dokumen |
---|---|
1 | Salinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan. |
2 | Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan. |
3 | Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri. |
4 | Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini : BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN |
5 | Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan). |
6 | Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil : SURAT PERWAKILAN KUASA |
7 | Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon (satu sahaja diperlukan). |