Portal Pengurusan Data Asnaf

Utama Portal Pengurusan Data Asnaf

Pengenalan

Portal Asnaf Self-Administration Service (ASaS) atau Portal Pengurusan Data Asnaf merupakan satu perkhidmatan atas talian yang dibangunkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) khusus untuk asnaf fakir dan miskin. Portal ini merupakan satu kemudahan kepada asnaf fakir dan miskin untuk membuat semakan serta mengemas kini maklumat peribadi (ketua keluarga) dan isi rumah (tanggungan).

Objektif

  • Semakan butiran peribadi diri dan tanggungan asnaf fakir/miskin
  • Mengemaskini Maklumat Peribadi Diri dan Tanggungan Asnaf Fakir/Miskin.

Kepentingan/Manfaat Kepada Asnaf

  • Memastikan maklumat peribadi diri (ketua keluarga) dan isi rumah (tanggungan) asnaf adalah TEPAT dan TERKINI.
  • Memastikan agihan bantuan zakat dapat disalurkan dengan TEPAT serta BERKESAN.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Ini

BilDokumen
1Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Tanggungan.
2Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon.
3Pengesahan Pendapatan untuk diri dan tanggungan (Slip gaji, borang pengesahan pendapatan)
4Penyata Akaun Bank yang menunjukkan nama dan nombor akaun bank dengan jelas.
4Lain-lain dokumen berkaitan. Contoh Sijil Nikah, Sijil Penceraian, Surat Pengesahan Kesihatan (bagi yang berkenaan).

SOALAN LAZIM

Semakan semula adalah proses kemaskini maklumat asnaf dan tanggungan semasa. Tiada tarikh tutup. Tempoh semakan semula / kemaskini dijalankan sepanjang tahun. Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat diri dan keluarga, pihak asnaf adalah digalakkan untuk membuat kemaskini dari semasa ke semasa bagi memastikan bantuan yang disalurkan adalah tepat. Semakan semula hanya dihantar kepada mereka yang telah ditapis dan disahkan perlu pengemaskinian maklumat sahaja. Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat diri dan keluarga asnaf diminta untuk membuat kemaskini dengan kadar segera. Boleh hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 atau layari laman sesawang Zakat Selangor : www.zakatselangor.com.my Boleh hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 atau merujuk kepada Penolong Amil Kariah (PAK) berhampiran. Boleh merujuk kepada Penolong Amil Kariah (PAK) di masjid kariah tempat tinggal. Tempoh kelulusan maklumat adalah 14 hari bekerja. Boleh merujuk kepada Penolong Amil Kariah (PAK) di masjid kariah tempat, hubungi call centre dan rujuk cawangan. Semua dokumen Tidak perlu disahkan. Tidak perlu dihantar dokumen fizikal ke cawangan LZS. Tidak. Tiada surat yang akan dikeluarkan. Tidak perlu membuat permohonan bantuan semula sekiranya masih berstatus asnaf. Saiz dokumen tidak boleh melebihi 2 Mb bagi setiap lampiran. Rujuk PAK, hubungi call centre atau cawangan berhampiran. Format dokumen yang dicadangkan adalah pdf,jpeg,doc,docx dan tiff. Boleh, rayuan boleh dibuat melalui Penolong Amil Kariah. Tidak, pertukaran ketua keluarga perlu merujuk kepada Penolong Amil Kariah. Proses kemaskini baru boleh dilakukan selepas tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penghantaran awal. Proses kemaskini baru boleh dilakukan selepas tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penghantaran awal. Boleh mengisi borang pengesahan pendapatan. Hanya isteri yang tinggal di dalam Selangor sahaja dimasukkan sebagai tanggungan. Ya, kemaskini perlu dilakukan berserta lampiran berkenaan (slip gaji/pengesahan pendapatan /surat pemakluman). Tidak boleh dimasukkan sebagai tanggungan. Ya, perlu dibuat kemaskini. Ya, Bantuan yang disalurkan mengikut kadar yang ditetapkan bergantung kepada hasil kemaskini yang dilakukan. Ya, Jumlah bantuan yang diterima perlu dimasukkan didalam pendapatan isi rumah. Tidak boleh dikira sebagai tanggungan kerana tidak tinggal bersama. Kemaskini perlu dilakukan melalui Penolong Amil Kariah dan cawangan dengan membawa dokumen yang berkaitan.