Institution Management System (IMs)

Utama Institution Management System (IMs)

Pengenalan

Institution Management System (IMs) diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada asnaf fakir miskin dan muallaf yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) untuk membuat permohonan kemasukan ke institusi di bawah pengurusan LZS secara atas talian. Senarai institusi adalah seperti berikut:-.

  • Bait Al-Hasanah (Asrama anak asnaf)
  • Bait Al-Mawaddah (Pusat Jagaan Warga Emas)
  • Baitus Salam (Pusat Perlindungan Muallaf)

Melalui Institution Management System (IMs), pemohon boleh membuat permohonan di mana-mana sahaja hanya menggunakan komputer atau telefon pintar. Ia sejajar dengan perkembangan agihan zakat di LZS yang kini menuju ke era digitalisasi. Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat kepada semua asnaf LZS.

Objektif

  • Memberikan kemudahan dan akses secara atas talian kepada pemohon untuk membuat permohonan kemasukan ke insititusi berkenaan.
  • Maklumat dan syarat berkaitan permohonan kemasukan akan dapat difahami dengan lebih jelas dan terperinci.

Syarat Permohonan Bait Al-Mawaddah (Pusat Jagaan Warga Emas)

BilSyarat
1Islam
2Asnaf Fakir Miskin yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor
3Berumur 60 tahun ke atas
4Sihat dan boleh mengurus diri
5Sebatang kara/tidak mempunyai tempat bergantung

Syarat Permohonan Baitus Salam (Pusat Pelindungan Muallaf)

BilSyarat
1Warganegara Malaysia
2Sepenuh masa menyertai program/aktiviti/kuliah di Baitus Salam selama 6 bulan - 1 tahun
3Di bawah had penggilan muallaf (5 Tahun)
4Memiliki tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada penyakit berjangkit dan kronik seperti AIDS dan ketagihan dadah/alkohol. Tidak mempunyai tekanan mental yang serius
5Bebas daripada kes undang-undang (Jenayah/Mahkamah/dll)
6Penghuni hendaklah memohon secara rela dan bersedia untuk mematuhi peraturan dan undung-undang yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Baitus Salam

Syarat Permohonan Bait Al-Hasanah (Asrama anak asnaf)

BilSyarat
1Anak-anak asnaf fakir/miskin Lembaga Zakat Selangor
2Berumur 10 tahun ke atas dan diutamakan kepada anak-anak asnaf fakir/miskin berumur 10 tahun (Darjah 4)
3Tiada rekod disiplin/jenayah oleh mana-mana pihak
4Sihat tubuh badan dan mental
5Sekiranya anak-anak asnaf tidak bersekolah-surat sokongan daripada Pengurus Operasi Daerah, Pengurus Sektor Pejabat Agihan

SOALAN LAZIM

Ia adalah Bait Al-Hasanah, Bait Al-Mawaddah dan Baitus Salam Bait Al-Hasanah merupakan institusi penempatan anak asnaf fakir miskin yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor yang berumur 10 hingga 17 tahun. Bait Al-Mawaddah merupakan institusi penempatan warga emas asnaf fakir miskin yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor. Baitus Salam merupakan tempat perlindungan yang bersifat sementara kepada asnaf muallaf. Ia bertindak seperti sebuah pusat komuniti kepada muallaf bagi menyusun semula hala tuju seorang muallaf apabila memeluk agama Islam atau ketika ditimpa sesuatu musibah Segala pembiayaan akan ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor. Permohonan dibuka sepanjang tahun tetapi pengambilan bergantung kepada jumlah kekosongan. Tempat adalah terhad. Permohonan boleh di buat secara atas talian. Boleh rujuk user manual yang telah disediakan di sini atau :
1- Tekan link di bawah
2- Pilih kategori " diri sendiri"
3- Masukkan no kad pengenalan anak yang memohon untuk kemasukan ke Bait Al-Hasanah
4- Sila ikuti step yang seterusnya
5- Ruangan lampiran adalah wajib diisi. mohon lampirkan salinan ic dan keputusan peperiksaan terkini
6- Tekan button "hantar"
Melalui notifikasi email yang di daftarkan semasa permohonan. Pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor di 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan permohonan ini. Tempoh permohonan akan diproses dalam tempoh 7 hari waktu bekerja. Dokumen yang perlu dilampirkan tidak perlu disahkan. Pemohon akan menerima panggilan/ whatapps/ email daripada pihak pengurusan institusi untuk pemberitahuan permohonan berjaya atau tidak. Boleh, walaubagaimanapun permohonan gagal adalah sekiranya tidak memenuhi syarat permohonan dan berdasarkan kekosongan tempat. Tiada hanya secara atas talian sahaja. Baitul Salam membenarkan pemohon menetap maximum sehingga 6 bulan. Bait Al-Mawaddah membenarkan pemohon menetap sehingga akhir hayat sekiranya tidak melanggar peraturan. Setiap institusi menyediakan jadual waktu outing untuk keluar masuk penghuni.