LZS, PKNS RAIKAN AIDILADHA BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI

0
481

SHAH ALAM, 1 Julai 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan program tanggungjawab sosial korporat dengan melaksanakan ibadah korban bersempena Aidiladha bertempat di Perkampungan Orang Asli Kechau Dalam di sini hari ini.

Program yang melibatkan masyarakat Orang Asli ini turut memberi peluang kepada mereka untuk sama-sama merasai ibadah korban dan bergotong-royong dalam melapah serta menyediakan hidangan bersama warga kerja LZS dan PKNS.

Dalam program itu, satu sesi pengislaman saudara baru membabitkan 12 orang dalam kalangan masyarakat Orang Asli dari Perkampungan Orang Asli Kechau Dalam dan Kechau Luar turut diadakan.

Kesemua saudara baru ini menerima kit pengislaman dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan sumbangan wang tunai sebanyak RM500 dari PKNS.

Turut hadir, Ketua Pegawai Korporat dan Projek Khas, Ariffa Ariffin, Ketua Pegawai Operasi, Ahmad Fadhil Hassan dan Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Md Yusmizan Yusuf.