LZS & MAYBANK ADAKAN CSR BERSAMA ANAK-ANAK BAITUL

0
361

KLANG, 27 September 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama MaybankBerhad mengadakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama anak-anak asnaf fakir dan miskin Baitul Hasanah baru-baru ini.

Program yang merupakan kerjasama kali kedua Maybank Berhad bertujuan mendorong anak-anak asnaf supaya bergiat dalam bidang sukan bagi melahirkan generasi anak asnaf yang aktif dan positif. Dengan moto ‘Minda Berilmu, Sihat Ceria’, anak-anak asnaf didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik semasa program berlangsung.

Selain itu, pihak Maybank turut menaja dan menyumbang bantuan baik pulih gelanggang badminton dan peralatan sukan untuk anak-anak Baitul Hasanah.

Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar Agihan, Abdul Basith Hamid.