Berikut adalah kadar Had Kifayah yang digunakan oleh LZS bagi menentukan garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Kadar Had Kifayah ini sentiasa berubah mengikut penentuan yang akan disemak setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor. Namun, dalam penentuan Asnaf Fakir Miskin, terdapat perkara lain yang juga dipertimbangkan oleh pegawai LZS.
Kadar Pengiraan Had Kifayah
Bil | Kategori | Kadar Rumah Berbayar (RM) | Kadar Rumah Percuma (RM) |
---|---|---|---|
1 | Ketua Keluarga | 1215.00 | 780.00 |
2 | Dewasa Bekerja (18 Tahun Ke Atas) | 412.00 | 412.00 |
3 | Dewasa Tidak Bekerja (18 Tahun Ke Atas | 167.00 | 167.00 |
4 | Tanggungan Belajar IPT | 613.00 | 613.00 |
5 | Tanggungan Berumur 7-17 Tahun | 408.00 | 408.00 |
6 | Tanggungan 6 Tahun Ke Bawah | 175.00 | 175.00 |
Jumlah | RM2,990.00 | RM2,555.00 |
Had Kifayah Tambahan (Jika ada)
- Tanggungan Anak Kelainan Upaya (OKU) – 247.00
- Tanggungan Pesakit Kronik – 243.00
- Kos Penjagaan Anak – 330.00
Pengkelasan Fakir atau Miskin
Pengkelasan sesebuah isi rumah bagi menentukan sama ada mereka fakir atau miskin adalah berbeza daripada sesebuah keluarga di antara satu keluarga yang lain. Ini bergantung kepada Had Kifayah dan bilangan isi rumah.
Contoh :-
“Pak Ali dan isterinya tinggal dirumah yang disewa di kawasan Ampang dan bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dengan pendapatan sebanyak RM1,200.00 sebulan. Selain isterinya, Pak Ali juga menanggung lima orang anak. 1 orang belajar di IPT dan 3 orang lagi belum bersekolah manakala seorang lagi anak perempuan Pak Ali sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.”
Berikut adalah kedudukan had kifayah bagi keluarga tersebut:
Bil | Kategori | Kadar Had Kifayah | Bilangan Orang | Jumlah (RM) |
---|---|---|---|---|
1 | Ketua Keluarga | 1215.00 | 1 | 1215.00 |
2 | Pasangan | 167.00 | 1 | 167.00 |
3 | Dewasa Tidak Bekerja ( 18 tahun ke atas) | 167.00 | 1 | 167.00 |
4 | Anak Belajar di IPT | 613.00 | 1 | 613.00 |
5 | Anak Berumur 6 Tahun Ke Bawah | 175.00 | 3 | 525.00 |
Tambahan | ||||
Tanggungan Anak Kelainan Upaya (OKU) | 224.00 | Tiada | Tiada | |
Kos Penjagaan Anak | 290.00 | Tiada | Tiada | |
Kos Perubatan Sakit Kronik | 222.00 | Tiada | Tiada |
Jumlah Had Kifayah | Pendapatan Keluarga | Jumlah Had Kifayah |
---|---|---|
2687.00 | 1500.00 | -1187.00 (Miskin) |