PELAJAR BAITUL HASANAH SERTAI EXPLORE CERGAS

0
228

SHAH ALAM, 24 November 2014 – Seramai 154 orang pelajar asnaf fakir dan miskin Baitul Hasanah menyertai ‘Explore Cergas’ anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS),sempena cuti sekolah bertempat di Taman Botani, Bukit Cahaya, Shah Alam.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini mengetengahkan aktiviti kecergasan diri dan minda melalui pertandingan ‘treasure hunt’. Ia untuk melihat sejauh mana keupayaan para pelajar membuat strategi melaksanakan tugasan yang diberi, di samping semangat kerjasama dalam satu pasukan.

Menurut Pengurus Sektor Komunikasi Korporat LZS, Norajun Ainun Mohd Hashim, ”Program CSR hari ini merupakan program penutup untuk tahun 2014. Ia merupakan susulan daripada siri-siri program CSR bersama pelajar Baitul Hasanah yang diadakan sebelum ini. Hasrat kami ialah melalui program ini para pelajar di sini dapat mempraktikkan apa yang disampaikan. Ini secara tidak langsung melatih diri mereka untuk sentiasa mengamalkan kecergasan diri yang juga boleh meningkatkan mutu dalam pembelajaran.”