SHAH ALAM, 25 Julai 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka semua 25 cawangannya di seluruh negeri Selangor sehingga hari akhir Ramadan bagi memberi peluang kepada umat Islam; menunaikan kewajipan zakat harta dan fitrah.
Waktu urusan pada hari Sabtu, 26 Julai (28 Ramadan 1435) bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Manakala pada hari Ahad, 27 Julai (29 Ramadan 1435) akan dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Sementara itu, Kaunter Agihan Zakat di ibu pejabat LZS akan turut dibuka pada hari Sabtu dan Ahad ini bagi membolehkan para asnaf membuat sebarang urusan berkaitan agihan zakat.
Cawangan LZS akan beroperasi semula seperti biasa pada hari Rabu, 30 Julai.