SHAH ALAM, 10 Jun 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Seketariat Zakat IPT menganjurkan Konferensi KebangsaanPengurusan Zakat Institusi Pengajian Tinggi dengan tema Transformasi Pengurusan Zakat IPT bertempat di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam bermula pada 10 hingga 11 Jun 2014.
Program ini telah menghimpunkan seramai 200 orang peserta terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, Pusat Zakat Negeri-Negeri dan pengurusan zakat IPT.
Penganjuran pada kali ini secara khususnya memberi ruang kepada wakil-wakil pembentang untuk menyampaikan dan menentukan hala tuju bagi memperkasakan pengurusan zakat khususnya di IPT, serta bertukar pandangan antara institusi zakat seluruh Malaysia.
Program dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B).