LZS PERJELAS ISU ‘SAUDARA ARIFFIN’

0
199

SHAH ALAM, 23 Januari 2014 – Berikut adalah maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) terhadap isu pasangan mualaf, Ariffin dan Nur Nadiah Anjalai Abdullah didakwa tidak menerima bantuan sebagaimana dijanjikan, yang mendapat perhatian meluas di internet baru-baru ini.

Dimaklumkan bahawa, pasangan terbabit sebenarnya telah menerima bantuan daripada pihak yang berkenaan termasuklah LZS, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Malah, sejak Ogos tahun lalu pasangan itu menerima 12 kali bantuan kewangan termasuk bayaran tunggakan sewa rumah mereka dan kali terakhir pada 10 Januari 2014. Bantuan tersebut masih lagi berterusan hingga kini.

Bantuan disalurkan melalui isteri beliau, berupa bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan, bantuan kecemasan RM3,000 untuk keperluan hidup dan bantuan tunggakan sewa rumah RM1,200.