SHAH ALAM, 30 November 2013 – Seramai 200 orang peserta terdiri daripada anak asnaf fakir dan miskin Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah dikhatankan dalam Program Khatan Perdanabertempat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dekat sini hari ini.
Program ini dirasmikan oleh Orang Besar Daerah Petaling Dato’ Emran Kadir dan melibatkan anak-anak asnaf yang berusia enam hingga 12 tahun dari daerah Petaling. Setiap peserta yang terlibat ditanggung kos berkhatan bernilai RM120 oleh LZS.
Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan LZS khususnya bagi meringankan bebanan asnaf zakat yang harus mengkhatankan anak-anak lelaki mereka. Di samping itu juga, program ini dilihat dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara LZS, para asnaf dengan pihak masjid dan masyarakat.
Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar Agihan, Abdul Basith Hamid.