LZS ADAKAN KUNJUNGAN MUHIBBAH KE PKNS

0
182

Shah Alam 6 November 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan kunjungan muhibbah ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menjalin hubungan antara pihak LZS dengan pihak majikan. PKNS merupakan majikan yang melaksanakan potongan zakat berjadual dengan LZS bagi pihak kakitangannya.

LZS diwakili oleh Pengurus Besar Kutipan, Roszy Non hadir ke PKNS bersama dengan empat wakil LZS yang lain. Kunjungan pada kali ini disambut baik oleh Pengurus Besar Sumber Manusia, Zaharudin Mohd Sanif. Antara intipati perbincangan termasuklah usahasama yang boleh dilaksanakan dengan pihak PKNS terutamanya melibatkan program kutipan dan agihan zakat.

Program usahama ini bersempena dengan sambutan tahun ke-50 PKNS pada tahun 2014. Diharap kerjasama yang terjalin antara LZS dengan PKNS akan berterusan.