ZIARAH RAMADAN DAN EDARAN BUBUR LAMBUK ERAT HUBUNGAN LZS DAN MASYARAKAT

0
210

GOMBAK, 3 Ogos 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menggiatkan lagi dakwah zakat pada minggu terakhir Ramadan dengan mengadakan program Ziarah Ramadan di sekitar kawasan Selayang dan Sungai Buloh dekat sini.

Aktiviti ziarah dimulakan di Balai Bomba Selayang diikuti Ibu Pejabat Polis daerah Gombak dan Penjara Sungai Buloh. Dalam program ini, LZS berkongsi perkembangan kutipan dan agihan zakat di Selangor, selain bertukar-tukar pendapat dengan kakitangan di organisasi tersebut.

Turut diadakan edaran 1,000 bungkus bubur lambuk dan risalah zakat kepada pengguna Plaza Tol Lebuh Raya Duke.