SULTAN SELANGOR BERKENAN TERIMA BAYARAN ZAKAT RM1.2 DAN SERAH SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA FAKIR MISKIN, ANAK YATIM DAN MUALAF

0
183

AMPANG, 25 Julai 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan daripada Maybank Islamic Berhad dan Maybank Investment Bank Berhad berjumlah RM1,200,000.00. Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat berkenaan di Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dekat sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Berhad, Tengku Dato’ Zafrul Aziz menyerahkan zakat perniagaan tersebut mewakili Maybank Islamic Berhad berjumlah RM1,000,000.00, manakala Maybank Investment Bank Berhad berjumlah RM200,000.00. Pembayaran zakat perniagaan ini adalah bagi tahun kewangan berakhir 2012.

Sementara itu pada majlis yang sama, Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 91 orang asnaf fakir, 159 orang asnaf miskin, 150 orang anak yatim dan 100 orang asnaf mualaf. Kesemua mereka menerima sumbangan RM400 setiap seorang, manakala anak yatim menerima sumbangan RM100 seorang.

Turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohamed Khusrin Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Marzuki Hussin