3,000 BUNGKUSAN BUBUR LAMBUK DIEDARKAN

0
249

SHAH ALAM, 20 Julai 2013 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Kumpulan Hospital Pakar SALAM dan Maggi mengedarkan lebih 3,000 bungkusan bubur lambuk kepada penduduk dan masjid di sekitar Shah Alam dalam Program Barakah Ramadan di Perkarangan Hospital SALAM dekat sini hari ini.

Program kerjasama kali pertama ini turut disertai lebih 30 kakitangan Hospital SALAM, LZS, dan Maggi yang membantu menyedia dan mengedarkan bubur lambuk tersebut seawal pukul 9.30 pagi dan diedarkan kepada orang ramai kira-kira pukul 3.30 petang.

Pengarah Eksekutif Hospital SALAM, Datin Maslina Ibrahim berkata, inisiatif dan kerjasama di antara syarikat korporat seperti Maggi dan LZS mampu memupuk semangat perpaduan dan kerjasama di antara syarikat serta penduduk setempat.

Sementara Pengurus Acara dan Persempelan Nestle Product Sdn Bhd, Mohd Ismail Osman, “Maggi amat berbesar hati dapat bekerjasama dalam program pada kali ini dan berharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.”

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa turut hadir mengedarkan bubur lambuk dan menziarahi rumah asnaf fakir LZS, Norazlin Mohamad Yusof. Beliau merupakan seorang ibu tunggal setelah kematian suami akibat sakit jantung. Kini beliau menyara tiga orang anaknya melalui pendapatan sebagai pengasuh.

Turut sama menyertai ziarah tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.