LZS SERTAI KARNIVAL KARANGKRAF

0
190

SHAH ALAM, 1 Februari – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyertai Karnival Karangkraf 2013 yang bermula pada 1 Februari hingga 3 Februari bertempat di perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam baru-baru ini.

Penyertaan ini bertujuan menyebarluaskan maklumat terkini LZS terutamanya berkaitan kutipan dan agihan zakat di Selangor kepada para pengunjung karnival. Melalui pendekatan ini, secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan di antara LZS dengan masyarakat terutamanya para pembayar zakat.

Hampir 30 gerai pameran serta jualan dibuka sepanjang karnival berlangsung dan berjaya menarik 350,000 pengunjung di sekitar Lembah Klang dan juga seluruh Malaysia.