SHAH ALAM–Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan Bengkel Zakat Perniagaan bagi berkongsi kaedah kiraan zakat perniagaan bersama syarikat-syarikat yang berpotensi untuk menunaikan zakat di sini baru-baru ini.
Bengkel ini turut bertujuan mendedahkan peserta tentang zakat perniagaan dari segi teori dan teknikal taksiran. Bengkel setengah hari yang dikendalikan oleh Ketua Sektor Perniagaan Pejabat Kutipan, Sabirin Sarbini, berjaya menarik minat hampir 25 syarikat dengan jumlah peserta hampir 50 orang.
Selain itu tazkirah bertajuk “Memberi Tanpa Diminta” yang disampaikan oleh Ustaz Farid Zainal, Eksekutif LZS turut disampaikan. Majlis berakhir dengan sesi penyampaian sijil yang disempurnakan oleh Sahadan Ishak, Pengurus Besar pejabat Kutipan LZS.