DELEGASI MUIS LAWAT LZS (MAIS)

0
242

Shah Alam – Seramai 14 orang kakitangan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengadakan lawatan sambil belajar ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS pada 15 Mac untuk mempelajari sistem pengurusan zakat, pungutan dan pengagihan zakat yang terdapat di LZS (MAIS).

“Kita mengadakan lawatan ini bagi melihat kaedah dan operasi yang digunakan oleh LZS (MAIS) di dalam pungutan zakat dan lebih-lebih lagi sistem agihan zakat. Dalam lawatan ini banyak perkara yang boleh dipelajari daripada LZS (MAIS) dan kita akan praktikkan bagi memartabatkan lagi institusi zakat di Singapura,” jelas Eksekutif Unit Strategik Zakat dan Wakaf MUIS, Sharifah Rogaiyah Alhadad yang juga ketua delegasi tersebut.

Menurut beliau lagi pengurusan zakat di Selangor yang lebih besar daripada mereka di Singapura juga telah menarik minat mereka untuk mengadakan lawatan sambil belajar ini.

Pada majlis tersebut, taklimat daripada LZS (MAIS) telah disampaikan oleh Pengurus Jabatan Pembangunan Korporat, Sahadan Ishak.