Berikut adalah kadar Had Kifayah yang digunakan oleh LZS bagi menentukan garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Kadar Had Kifayah ini sentiasa berubah mengikut penentuan yang akan disemak setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor. Namun, dalam penentuan Asnaf Fakir Miskin, terdapat perkara lain yang juga dipertimbangkan oleh pegawai LZS.

Kadar Pengiraan Had Kifayah

BilKategoriKadar Rumah Berbayar
(RM)
Kadar Rumah Percuma
(RM)
1Ketua Keluarga1215.00780.00
2Dewasa Bekerja (18 Tahun Ke Atas)412.00412.00
3Dewasa Tidak Bekerja (18 Tahun Ke Atas167.00167.00
4Tanggungan Belajar IPT613.00613.00
5Tanggungan Berumur 7-17 Tahun408.00408.00
6Tanggungan 6 Tahun Ke Bawah175.00175.00
JumlahRM2,990.00RM2,555.00

Had Kifayah Tambahan (Jika ada)

  1. Tanggungan Anak Kelainan Upaya (OKU) – 247.00
  2. Tanggungan Pesakit Kronik – 243.00
  3. Kos Penjagaan Anak – 330.00

Pengkelasan Fakir atau Miskin

Pengkelasan sesebuah isi rumah bagi menentukan sama ada mereka fakir atau miskin adalah berbeza daripada sesebuah keluarga di antara satu keluarga yang lain. Ini bergantung kepada Had Kifayah dan bilangan isi rumah.

Contoh :-
Pak Ali dan isterinya tinggal dirumah yang disewa di kawasan Ampang dan bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dengan pendapatan sebanyak RM1,200.00 sebulan. Selain isterinya, Pak Ali juga menanggung lima orang anak. 1 orang belajar di IPT dan 3 orang lagi belum bersekolah manakala seorang lagi anak perempuan Pak Ali sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.”

Berikut adalah kedudukan had kifayah bagi keluarga tersebut:

BilKategoriKadar Had KifayahBilangan OrangJumlah (RM)
1Ketua Keluarga1215.0011215.00
2Pasangan167.001167.00
3Dewasa Tidak Bekerja ( 18 tahun ke atas)167.001167.00
4Anak Belajar di IPT613.001613.00
5Anak Berumur 6 Tahun Ke Bawah175.003525.00
 Tambahan   
 Tanggungan Anak Kelainan Upaya (OKU)224.00TiadaTiada
 Kos Penjagaan Anak290.00TiadaTiada
 Kos Perubatan Sakit Kronik222.00TiadaTiada

 

Jumlah Had KifayahPendapatan KeluargaJumlah Had Kifayah
2687.001500.00-1187.00
(Miskin)