PENGALAMAN LZS MEMBANGUNKAN USAHAWAN ASNAF ZAKAT

0
1478

Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid
Eksekutif Komunikasi Korporat
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
hamizul.ah@gmail.com
019-388 0528

MUQADDIMAH

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berperanan menguruskan dua aspek penting zakat, iaitu kutipan dan agihan zakat. Ini adalah satu kelebihan di LZS, justeru kerja-kerja mengagihkan zakat sebenarnya amat besar kesannya kepada sesebuah institusi zakat, khususnya dalam membentuk pemikiran warga amil di LZS terhadap penghayatan roh zakat itu sendiri.

STRUKTUR ORGANISASI

Jawatankuasa Pemandu Operasi Agihan Zakat dipengerusikan oleh YAD Dato’ Setia Hj Mohd. Tamyes Hj. Abdul Wahid, Dato’ Mufti Negeri Selangor dan dibantu oleh beberapa orang AJK. Jawatankuasa ini berfungsi antaranya menentukan arah tuju agihan zakat di LZS pada masa ini dan akan datang, termasuklah dalam bab memperkasakan agihan zakat sebagai modal perniagaan asnaf.

MISI LZS

LZS berwawasan menjadikan asnaf golongan yang produktif, maka mereka dibantu melalui beberapa saluran. Bagi generasi muda atau yang mampu berniaga, maka LZS menyediakan pakej rangsangan ekonomi di bawah Program Pembangunan Ekonomi. Di bawah program ini, disediakan pelbagai mekanisme yang menjurus kepada memberdayakan asnaf atas nama usahawan.

FATWA

Agihan zakat di LZS diselaraskan dengan kehendak Fatwa Agihan Zakat Selangor yang diluluskan pada tahun 1994 yang menggariskan secara jelas terhadap semua jenis asnaf dan agihan yang boleh diberikan. Merujuk kepada fatwa berkenaan, bantuan modal perniagaan kepada asnaf boleh diberikan kepada tiga asnaf sahaja, iaitu asnaf fakir, miskin dan muallaf.

Kemungkinan untuk meluaskan skop bantuan perniagaan pada masa hadapan, adalah tertakluk kepada keputusan pihak fatwa ini.

PEJABAT AGIHAN ZAKAT

Di LZS, urusan agihan zakat diletakkan di bawah Pejabat Agihan Zakat yang diketuai oleh seorang Pengurus Besar dan dibantu oleh beberapa sektor yang bertanggung jawab memastikan aspek agihan zakat dapat dilaksanakan secara teratur dan rapi, termasuklah sektor yang secara khusus mengendalikan urusan bantuan modal perniagaan kepada asnaf zakat, iaitu Sektor Ekonomi.

Di bawah Sektor Ekonomi inilah, para asnaf yang berminat akan ditapis dan setelah didapati layak dan berpotensi menerima bantuan modal perniagaan, akan diberikan dana sesuai dengan jenis dan skala perniagaan yang mereka lakukan.

Ada dua bentuk bantuan modal, iaitu modal memulakan perniagaan dengan maksimum RM5,000 dan modal mengembangkan perniagaan dengan maksimum RM30,000.

SIAPA CALON USAHAWAN ASNAF ZAKAT

Semua asnaf yang berada dalam kategori fakir dan miskin serta muallaf, maka mereka layak untuk memohon bantuan modal perniagaan daripada LZS. Maka, mereka yang mahu memohon bantuan modal ini, tetapi tidak termasuk sebagai tiga asnaf di atas, perlulah terlebih dahulu melalui proses pendaftaran dan bancian fakir miskin yang diadakan saban tahun oleh LZS.

SYARAT-SYARAT PENERIMA BANTUAN PERNIAGAAN DI LZS

1. Asnaf fakir, miskin dan muallaf
2. Mesti mengikuti kursus anjuran LZS (kursus asas usahawan atau pra kelulusan modal dan kursus lanjutan dan sebagainya)

BAGAIMANA LZS BANTU MEREKA?

1. Sediakan modal – Mengikut jenis, saiz dan keperluan perniagaan
2. Berikan peluang – Motivasi, kursus-kursus yang sesuai dan ikut keperluan
3. Pemantauan – Sediakan tunjuk ajar berterusan (mentor mentee)
4. Bantu periklanan – Akhbar, majalah, internet
5. Iktiraf kejayaan – Majlis khas, testimoni asnaf yang berjaya

ENAM (6) JENIS BANTUAN PERNIAGAAN

Bil Kategori perniagaan Contoh jenis perniagaan

1 Pertanian Kebun sayur, orkid

2 Penternakan Kambing dan lembu

3 Perikanan Laut dan ikan air tawar

4 Perkhidmatan Bengkel kenderaan, Spa & salon, van sekolah, teksi, tadika/ taska, dobi, jahitan, kedai pakaian

5 Pemakanan Kedai makan, lori makan bergerak (Asnaf Entrepreneur), tepung serba guna, cili giling, kerepek

6 Peruncitan Kedai runcit, pasar rakyat asnaf

CONTOH BANTUAN

Bil Jenis Deskripsi bantuan

1 Perikanan Bot, enjin dan pukat
2 Pertanian Pam air, baja, racun serangga dan benih
3 Peruncitan Modal tunai, sewa premis dan barangan kekal.
4 Kedai jahit Mesin, sewa premis dan modal tunai.
5 Kedai makan Sewa premis, alatan dan modal tunai.
6 Bengkel kereta Sewa premis, alatan dan modal tunai.
7 Bas / van sekolah Kenderaan.
8 Spa dan salon Sewa premis, alatan dan modal tunai.
9 Penternakan Benih kambing, kandang, mesin dan modal tunai.
10 Pembekal kelapa Lori dan modal tunai.
11 Tadika/ taska Kenderaan, sewa premis, modal tunai.
12 Perusahaan kecil (tepung dan cili giling) Modal tunai, sewa premis dan kenderaan.
20 Kedai dobi Modal tunai dan sewa premis.

PENUBUHAN PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN ASNAF ZAKAT – PEMANTAUAN

Di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ditubuhkan Pusat Pembangunan Usahawan Asnaf Zakat (PPUAZ) yang berperanan mengurus dan memantau asnaf zakat yang dalam proses akhir membebaskan diri daripada kemiskinan.

STATISTIK PENERIMA BANTUAN PERNIAGAAN 2011 – 2012

Tahun Jumlah penerima (orang) Jumlah keluar daripada asnaf (orang) Peratus (%)

2011 420 110 33.4
2012 998 219 66.5
Jumlah 1418 329 100

CONTOH-CONTOH USAHAWAN ASNAF

Sila Rujuk Buku Jejak-jejak Kejayaan Asnaf Keluaran LZS

CABARAN MEMBANGUNKAN USAHAWAN ASNAF ZAKAT

1. Sikap
2. Mentaliti
3. Persaingan
4. Daya tahan

HARAPAN MASA DEPAN

Umat Islam menjadi yakin kepada sesebuah institusi zakat, dengan melihat kepada produk yang dihasilkan, salah satu daripadanya ialah usahawan asnaf zakat. Apabila keyakinan meningkat, maka tidak timbul lagi isu keberkesanan dan ketidak telusan agihan zakat.
Malah menjadi satu harapan juga, asnaf yang berjaya ini menjadi contoh kepada semua asnaf yang lain untuk sama-sama berusaha membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan.

Malah, satu kejayaan juga apabila usahawan ini akhirnya berjaya menunaikan kewajipan harta mereka dengan melaksanakan kewajipan zakat perniagaan atau pendapatan mereka.

PENUTUP

LZS berusaha menjadikan idea usahawan asnaf ini suatu yang realiti dan ternyata, ia bukanlah suatu yang fantasi. Namun, di sebalik kejayaan yang kian menjadi kenyataan itu, terdapat banyak perkara yang harus diperkasakan terlebih dahulu, bermula dari aspek pemilihan kakitangan di LZS (khususnya di bahagian agihan), perencanaan masa hadapan dan matlamat sebenar agihan zakat yang mahu dicapai. Tiada yang mustahil jika diusahakan dan mendapat keizinan Tuhan. Wallahua’lam.

‘MAN JADDA WA JADA’
‘MAN SHABRA ZAFIRA’