Portal Pengurusan Data Asnaf
Utama Portal Pengurusan Data Asnaf
Pengenalan
Portal Asnaf Self-Administration Service (ASaS) atau Portal Pengurusan Data Asnaf merupakan satu perkhidmatan atas talian yang dibangunkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) khusus untuk asnaf fakir dan miskin. Portal ini merupakan satu kemudahan kepada asnaf fakir dan miskin untuk membuat semakan serta mengemas kini maklumat peribadi (ketua keluarga) dan isi rumah (tanggungan).
Objektif
- Semakan butiran peribadi diri dan tanggungan asnaf fakir/miskin
- Mengemaskini Maklumat Peribadi Diri dan Tanggungan Asnaf Fakir/Miskin.
Kepentingan/Manfaat Kepada Asnaf
- Memastikan maklumat peribadi diri (ketua keluarga) dan isi rumah (tanggungan) asnaf adalah TEPAT dan TERKINI.
- Memastikan agihan bantuan zakat dapat disalurkan dengan TEPAT serta BERKESAN.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Ini
Bil | Dokumen |
---|---|
1 | Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Tanggungan. |
2 | Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon. |
3 | Pengesahan Pendapatan untuk diri dan tanggungan (Slip gaji, borang pengesahan pendapatan) |
4 | Penyata Akaun Bank yang menunjukkan nama dan nombor akaun bank dengan jelas. |
4 | Lain-lain dokumen berkaitan. Contoh Sijil Nikah, Sijil Penceraian, Surat Pengesahan Kesihatan (bagi yang berkenaan). |