Baitus Salam

Utama Asnaf Baitus Salam
Baitus

BaitusSalam

Selamat Datang! Baitus Salam merupakan tempat perlindungan yang bersifat sementara kepada asnaf muallaf. Ia bertindak seperti sebuah pusat komuniti kepada muallaf bagi menyusun semula hala tuju seorang muallaf apabila memeluk agama Islam atau ketika ditimpa sesuatu musibah. Ini memberi suatu transformasi kepada kebajikan muallaf di Negeri Selangor.

Objektif Penubuhan

  • Melaksanakan tuntutan bahagian V perkara 26 berkaitan perlindungan muallaf, peraturan-peraturan penjagaan dan pengajaran bagi muallaf (Negeri Selangor) 2009 pindaan 2013.
  • Sebagai pusat perlindungan muallaf yang disisihkan oleh keluarga dan saudara mara selepas memeluk islam.
  • Sebagai tempat perlindungan muallaf dari ancaman-ancaman luar termasuk ancaman keluarga
  • Sebagai pusat bimbingan fardhu ain jangka pendek kepada muallaf
  • Memberi ilmu vokasional kepada muallaf demi sosioekonomi yang lebih baik.
  • Menyusun semula hala tuju muallaf dari segi emosi dan sosial mereka bagi kehidupan yang lebih baik.
  • Memelihara aqidahnya dari dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu.

Syarat Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • Sepenuh masa menyertai program/aktiviti/kuliah di Baitus Salam selama 1 tahun
  • Di bawah had penggilan muallaf (5 Tahun)
  • Memiliki tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada penyakit berjangkit dan kronik seperti Aids dan ketagihan dadah/alcohol. Tidak mempunyai tekanan mental yang serius.
  • Bebas daripada kes undang-undang (Jenayah/Mahkamah/dll)
  • Penghuni hendaklah memohon secara rela dan bersedia untuk mematuhi peraturan dan undung-undang yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Baitus Salam

Hubungi Kami

Baitus Salam, Lot 3657 Jalan Tanjung Bidara 30/131,
Seksyen 30 Jalan Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan