E-Zakat Pay
Merupakan satu kaedah pembayaran zakat secara online di www.zakatselangor.com.my.
Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
Bank yang boleh membuat
bayaran melalui E-Zakat Pay
Pada masa ini terdapat sebanyak 6 buah bank-bank utama di Malaysia yang boleh menerima pembayaran iaitu :
Bagaimana Transaksi Dilakukan?
Bagi pembayaran zakat, pembayar hanya perlu melayari portal e-zakat di www.zakatselangor.com.my dan klik pada pembayaran E-Zakat Pay untuk membayar zakat. Pembayar perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu di bank-bank yang terlibat sebelum boleh meneruskan pembayaran. Ikuti langkah-langkah yang diberikan. Itu sahaja, dan pembayaran zakat telah selesai dilakukan.
Proses yang selamat
Oleh itu, semua maklumat yang dihantar adalah selamat seperti membuat pembayaran di website bank tersebut. Pengguna juga disahkan di platform internet banking untuk semua transaksi yang dilakukan.
Selain itu, kesemua pembayaran akan dilakukan dalam "real time online" iaitu proses debit daripada bank pembayar kepada akaun pembayar akan dijalankan pada masa itu juga dan proses pengeluaran resit bayaran zakat akan dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja.