Kad Kredit
Cara pembayaran menggunakan Kad Kredit merupakan satu pendekatan yang di ambil oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS), untuk menyediakan saluran alternatif kepada pembayar-pembayar zakat.
Pihak LZS hanya menerima Kad Kredit yang Islamik dan memenuhi syariah sepertimana yang telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor. Antara Kad Kredit yang diterima ialah :
- Kad Bank Islam (Visa & Master)
- Kad Kredit Al-Taslif AmBank (Visa & Master)
- Kad I-Bank Rakyat
- Kad Kredit Al-Ikhwan Maybank Islamic
- Kad Caj Al-Rajhi Bank
- Kad Al-Aiman BSN
*Pembayaran menggunakan kad kredit ini boleh dibuat di semua kaunter zakat LZS.
Kad Debit
Kad debit boleh digunapakai di semua kaunter LZS. Semua kad debit bank-bank tempatan dan Bank Al-Rajhi dengan mengenalpasti kad tersebut mempunyai logo MEPS BANKCARD dan microcip.