Kaunter Bank
Pembayaran zakat harta boleh di buat melalui agen-agen bank yang di lantik oleh Lembaga Zakat Selangor melalui Slip Bayaran Zakat yang disediakan di kaunter-kaunter bank seperti berikut :
Bank-bank di atas ini menerima pembayaran zakat di kaunter mereka. Pembayar boleh membayar zakat di seluruh cawangan dalam negeri Selangor dengan mendapatkan slip bayaran zakat yang dipamerkan. Sila pastikan :
- Maklumat yang terdapat pada slip bayaran zakat, hendaklah dilengkapkan sepenuhnya :
- Nama
- No. Kad Pengenalan Baru dan Lama
- Alamat
- Jenis Zakat
- Jumlah Zakat
- Membuat pembayaran di kaunter bank berkenaan
- Pembayar akan menerima Slip Bayaran Zakat sebagai bukti pembayaran zakat yang dibuat
- Pembayar Resit rasmi akan dikeluarkan oleh LZS dan akan diposkan terus ke alamat pembayar zakat.
Makluman
Mulai tahun 2008 tiada lagi Slip Bank Sebagai Resit Rasmi (SBSRR) dikeluarkan. Hanya slip bayaran zakat sahaja dikeluarkan oleh bank dan ia tidak diperakui sah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Resit rasmi hanya akan dikeluarkan oleh Lembaga Zakat Selangor dan diposkan terus ke alamat pembayar.