Produk takaful merupakan salah satu bentuk simpanan / pelaburan yang mempunyai unsur harta zakawi dan tertakluk kepada kewajiban zakat jika ia telah memenuhi syarat-syaratnya.
Wang ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum apabila ia mencapai umur tertentu dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur pencen atau bersara. Selain daripada pengeluaran berdasarkan faktor umur, ianya juga boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat –syarat dibawah pelbagai Skim Pengeluaran KWSP.
Dalil Wajib Zakat
Dalil Al-Quran:
وَٱلَّذِينَ يَكْنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍۢ ٣٤
Maksudnya :
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka kabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”
(Surah At-Taubah : Ayat 34)
Implikasi Zakat Ke Atas Produk Takaful
Zakat Wang Simpanan / Pelaburan Takaful:
- Zakat Wang Simpanan / Pelaburan Takaful:
- Pemegang takaful keluarga perlu membayar zakat setiap tahun ke atas nilai simpanan / pelaburan yang boleh dikeluarkan (cash value) sahaja dan bukannya surrender value (jumlah wang yang akan diperolehi jika membatalkan polisi).
- Ini kerana, hukum zakat untuk simpanan / pelaburan dalam polisi takaful adalah sama hukum zakat untuk simpanan / wang di institusi kewangan. Ini adalah kerana cash value boleh dikeluarkan tanpa perlu menunggu tempoh tamat kontrak dengan pihak takaful.
Kaedah Taksiran
Zakat Ke Atas Polisi Takaful Yang Matang
- Manakala selepas sijil takaful sudah matang, maka wajib zakat simpanan ke atas pemegang polisi yang mendapat pulangan tunai secara keseluruhannya iaitu pulangan wang tunai daripada Dana Risiko Peserta dan juga keuntungan pelaburan daripada Dana Pelaburan Peserta.
Pampasan Takaful
- Wajib Zakat Pendapatan ke atas waris simati. Ianya adalah selepas ditolak untuk penyelesaian hutang simati (hutang zakat/hutang sesama manusia dan lain – lain) dan upah haji sekiranya simati belum mengerjakan fardhu haji.
Wang Pulangan Tunai Dana Tabarruk
- Wajib zakat pendapatan ke atas pemegang polisi takaful sekiranya mereka memperolehi wang pulangan tunai dari Dana Tabarruk; contohnya pulangan tunai setiap tahun jika tiada sebarang tuntutan tahunan (contohnya NCD yang diperolehi kerana tiada tuntutan tahunan).
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
- Wajib zakat pendapatan ke atas pemegang polisi yang menerima manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan atau sebab penyakit tertentu.
Pampasan Polisi Insurans Konvensional
- Pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris tidak perlu dizakatkan kerana ia dikira sebagai harta yang tidak patuh syariah.
- Hanya bayaran pokok pembeli polisi insurans konvensional(semasa hayat pembeli/pemegang polisi) sahaja yang dikenakan zakat.
- Namun sekiranya ahli waris pembeli polisi tersebut merupakan golongan fakir miskin, mereka boleh mengambil sebahagian wang pampasan polisi insurans tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir miskin yang ingin mencukupkan keperluan, dan jika jumlah yang diambil melebihi nisab zakat, maka wajib zakat pendapatan ke atas ahli waris.
- Jika pampasan polisi Insurans konvensional tersebut diterima daripada caruman yang dibuat oleh majikan maka ahli waris boleh menggunakan wang tersebut keseluruhannya dan diwajibkan zakat pendapatan ke atasnya.
* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi.