Takrif Qada Zakat

Qada zakat bermaksud, melaksanakan zakat yang wajib ditunaikan pada masa lalu, namun gagal ditunaikan oleh kerana lupa, sengaja atau meninggalkanya dengan apa-apa alasan sehingga berlalu haulnya (setahun), maka ia wajib ditunaikan dengan kadar segera.

Qada dalam konteks ibadah ialah setiap amalan fardu (seperti puasa, solat dan zakat) yang ditinggalkan wajib diqada sama ada disebabkan lupa, sengaja meninggalkannya atau orang murtad yang kembali semula kepada Islam setelah murtad.

Individu atau syarikat yang telah cukup syarat wajib menunaikan zakat, layak menunaikan zakat pada tahun-tahun yang lalu dan jika masih belum melunaskan semua zakat yang wajib bagi tahun yang lalu, maka zakat itu wajib diqada.

Daripada segi istilah fuqaha, qada ialah sesuatu (ibadah) yang dilakukan selepas berlalu waktu tunainya untuk mendapatkan sebagaimana yang sebelumnya dengan melakukannya secara qada atau mengerjakan semula ibadat-ibadat yang tidak sah atau yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan pada waktu-waktu yang lain.

Hukum Qada Zakat

Hukum qada zakat adalah wajib dan berdosa jika sengaja diabaikan.

Hal ini telah dijelaskan oleh Imam Hambali dan Imam Syafie:“Ketika penunaian zakat itu dapat dilakukan dengan segera, maka orang yang mengakhirkan penunaiannya dianggap ceroboh (kepada kewajipan berzakat), sehingga dia mesti bertanggungjawab terhadap pencerobohan yang dilakukan.”

Rujuk Al-Mughni, Jilid 2, halaman 686 dan Al-Majmu’, Jilid 5, halaman 302

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Fatwa dibawah Seksyen 47 berkaitan Hukum Mengagihkan Secara Persendirian dan Qada Zakat. Mengenai hukum qada zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang memenuhi syarat wajib tetapi tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya.

Hikmah Qada Zakat

  • Memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa.
  • Membersihkan harta yang masih belum dibayar zakatnya.
  • Menunaikan hak-hak Allah SWT keatas harta.
  • Menghindar waris memakan harta yang haram.
  • Tidak membebani waris dengan harta yang belum dizakatkan.

Cara Menunaikan Qada Zakat

  • Qada zakat adalah berdasarkan kepada nisab ketika haul yang terdahulu.
  • Pembayaran qada zakat ini boleh dibuat secara ansuran atau mengikut kemampuan.
  • Pembayaran zakat ini juga boleh dibuat sama ada dengan mengunjungi cawangan zakat di seluruh negeri Selangor atau melalui saluran bayaran lain seperti perbankan internet, ejen bank dan lain-lain.

Kiraan Qada Zakat

Qada Zakat ditunaikan zakatnya mengikut tahun dan nilai harta tersebut. Kadar Qada Zakat adalah 2.5%. Jika tidak mengetahui jumlah harta sebenar ketika itu, maka anggaran nilai terhampir dilakukan.

Contoh anggaran Qada Zakat jika tiada maklumat pada tahun qadha zakat tersebut.

Qada Zakat

Contoh kiraan seseorang yang mahu tunai qadha zakatnya jika tiada maklumat yang terperinci hartanya (boleh mengambil kira nilai yang diyakini) dan mengikut gabungan
nisab yang terakhir.

Qada Zakat

Soalan Lazim dan Maklumat Lanjut Qada Zakat

FAQ Qada ZakatFAQ Qada Zakat

Bayar Qada Zakat

BAyar Qada ZakatBayar Qada Zakat