POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN LZS

Permohonan Permit Kerja Atas Talian

Prosedur Pengurusan Kontrak Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Lembaga Zakat Selangor bertujuan memastikan kontraktor atau pembekal memahami risiko kerja serta melibatkan pengambilan langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Dokumen ini menepati keperluan minimum KKP pada setiap fasa pengurusan kontrak, termasuk pematuhan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Selain itu, prosedur ini melibatkan pemantauan aktif terhadap pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di premis Lembaga Zakat Selangor, dan permit kerja diperlukan untuk memastikan penerapan prosedur ini oleh kontraktor, pembekal, dan pihak ketiga.

Laporan Kemalangan Tempat Kerja

Pelaporan kemalangan/ bahaya/ kemalangan nyaris adalah keperluan wajib di dalam Prosedur Pelaporan Kemalangan di Tempat Kerja & Peraturan Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan 2004. Laporan ini boleh diisi oleh sesiapa sahaja yang terlibat dan yang menyaksikan kejadian kemalangan/ bahaya dan kemalangan nyaris di tempat kerja