BANTUAN KEPERLUAN PERALATAN SEKOLAH (KPS)
TAHUN 2022
1. Kaedah Penebusan Bantuan Peralatan Sekolah LZS
2. Semak Status Bantuan Zakat Anda.
3. Diagram Proses Pembelian Peralatan Sekolah.
4. Soalan Lazim Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah (KPS) 2022.
Bagi Warganegara Malaysia, hanya MyKad Ketua Isi Rumah pasangan sahaja dibenarkan untuk digunakan untuk membuat pembelian.
Bagi Bukan Warganegara Malaysia, sila bawa nombor akaun 12 digit) untuk dimasukkan ke dalam terminal pembayaran.
Jumlah peruntukan adalah tertakluk kepada jumlah yang diluluskan oleh LZS kepada setiap penerima dan pembelian barang keperluan peralatan sekolah boleh dilakukan di mana mana kedai pasaraya terpilih yang dilantik oleh LZS mulai 13 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022
Sekiranya, anda memilih untuk tidak membeli pakaian seragam sekolah, transaksi jualan tersebut adalah tidak sah dan batal Pembelian pakaian seragam sekolah adalah wajib sebelum anda dibenarkan membeli barang keperluan peralatan sekolah yang lain
Contoh:
Keluarga Ali mempunyai 3 orang anak yang menerima bantuan Oleh itu, 3 pasang pakaian seragam sekolah perlu dipilih dahulu sebelum memilih barang keperluan peralatan sekolah yang lain
Jika MyKad anda rosak atau cip MyKad gagal disahkan, transaksi jualan secara manual akan dilakukan melalui terminal yang disediakan.
Anda diminta untuk membuat MyKad yang baru di cawangan JPN yang berhampiran secepat mungkin bagi memastikan tiada sebarang masalah ketika melakukan transaksi pada masa akan datang. Kami menyarankan supaya anda sentiasa membawa MyKad bersama anda. Jika MyKad gagal diserahkan ketika membuat pembelian, transaksi tersebut tidak akan diteruskan atau dibatalkan serta merta.
Anda dikehendaki menukar MyKad yang baru dengan segera di cawangan JPN yang berhampiran. "Wrong PIN Exceeded" bermaksud nombor PIN telah dicuba lebih dari 3 kali dan nombor tersebut adalah nombor yang salah. Sila hubungi talian Khidmat Pelanggan kami ditalian 603-7720 1800. Tidak, pembelian tersebut tidak berjaya jika berlakunya gangguan talian Internet. Ini kerana terminal pembayaran DIV memerlukan sambungan Internet untuk membuat capaian transaksi kepada sistem. Namun begitu, terminal pembayaran DIV telah dilengkapi dengan talian sandaran daripada pembekal perkhidmatan seperti DiGi, Maxis, Celcom dan lain-lain. Talian kedua akan digunakan sepanjang berlakunya gangguan tersebut dan proses pembelian boleh dibuat seperti biasa. Ketua Isi Rumah atau pasangan adalah digalakkan untuk membawa penerima bantuan semasa pembelian untuk mendapatkan ukuran/saiz yang tepat. Namun sekiranya penukaran barangan ingin dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sila rujuk kepada Lampiran B untuk Terma dan Syarat Pertukaran.