Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi

Utama Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi
ilks
ilks

Pengenalan

Portal Pendidikan ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi dan Bantuan Persediaan Masuk IPT secara atas talian. Ia sebagai kesinambungan kepada tajaan pengajian yang dibuat secara manual sebelum ini iaitu melalui kaunter LZS sejak bantuan ini mula diperkenalkan.

Melalui Portal Pendidikan ini, pelajar asnaf LZS dapat membuat permohonan dimana-mana sahaja dengan hanya menggunakan komputer atau telefon pintar. Ia sejajar dengan perkembangan agihan zakat di LZS yang kini menuju ke era digitalisasi. Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar asnaf LZS dalam mendapatkan pendidikan peringkat pengajian tinggi seterusnya mengeluarkan diri dan keluarga daripada belenggu kemiskinan melalui kecemerlangan pendidikan.

Objektif

Memberikan kemudahan dan akses secara atas talian kepada pemohon untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Bantuan Yuran Pengajian) dan Bantuan Persediaan Masuk IPT secara atas talian melalui Portal Pendidikan.

Pemohon dapat menyemak status bantuan yang dipohon dari semasa ke semasa melalui Portal Pendidikan.

Maklumat dan syarat berkaitan bantuan yang dipohon akan dapat difahami dengan lebih jelas dan terperinci.

Syarat-syarat Permohonan Bantuan

  1. Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
  2. Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
  3. Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh LZS bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT).

Soalan Lazim Portal Pendidikan Lembaga Zakat Selangor

Portal Pendidikan LZS merupakan medium bagi permohonan Surat Tajaan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT) dan permohonan Bantuan Persediaan Masuk IPT kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang telah berdaftar dengan LZS untuk melanjutkan pengajian mereka di IPT.

Portal Pendidikan ini dilancarkan (go live) bermula 30/11/2019 bersamaan hari Sabtu (pilot test sehingga 8/12/19). Portal ini hanya boleh diakses oleh pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang berdaftar dengan LZS ketika permohonan dibuat. Portal ini boleh dilayari di alamat laman web https://pendidikan.zakatselangor.com.my Portal ini boleh diakses melalui komputer, komputer riba dan telefon pintar. Portal Pendidikan ini menawarkan permohonan Surat Tajaan BDPT (Bantuan Yuran Pengajian IPT) dan Bantuan Persediaan Masuk IPT Tidak. Terdapat permohonan bantuan pendidikan peringkat pengajian tinggi LZS yang masih kekal permohonannya secara manual dikaunter LZS. Senarai bantuan tersebut adalah seperti berikut:
  1. Bantuan Wang Saku
  2. Bantuan Penginapan (bagi pelajar yang menyewa sendiri di luar kampus)
  3. Bantuan Buku Rujukan
  4. Bantuan Tuntutan Tiket Penerbangan (IPT di Sabah & Sarawak sahaja)
Tidak. Permohonan surat tajaan BDPT di Kaunter LZS sebelum ini telah di tamatkan berkuatkuasa 30/11/2019 dan permohonan tajaan BDPT ini sepenuhnya menggunakan Portal Pendidikan. Untuk langkah-langkah mendaftar akaun kali pertama di Portal Pendidikan LZS, pemohon perlu merujuk Manual Pengguna Pemohon yang disediakan di dalam Portal Pendidikan. Selepas pendaftaran berjaya, pemohon akan dapat mengakses dan membuat permohonan. Pengemaskinian kedua-dua maklumat ini adalah penting bagi penyaluran bantuan yang layak ke dalam akaun bank pemohon dan pemakluman status permohonan kepada pemohon. Setiap pemohon dibenarkan membuat permohonan sekali sahaja bagi setiap peringkat pengajian berikut:
  1. Sijil/Pra Diploma
  2. Diploma/Matrikulasi/Asasi
  3. Ijazah Sarjana Muda
Pemohon akan layak mendapat Bantuan Persediaan Masuk IPT sekali sahaja bagi setiap peringkat pengajian seperti dinyatakan di atas apabila membuat permohonan pada tahap pengajian berikut:
  1. Sijil/Pra Diploma (pada awal pengajian)
  2. Diploma (pada semester pertama sahaja)
  3. Matrikulasi/Asasi (pada awal pengajian)
  4. Ijazah Sarjana Muda (pada semester pertama bagi yang tiada transfer kredit atau pada semester ke tiga bagi yang mendapat transfer kredit daripada program diploma
  5. Sijil Kemahiran Malaysia (pada SKM Tahap 2 & Tahap 4 sahaja
  6. Projek Khas/Institusi Khas Muallaf (pada awal pengajian)
Boleh. Permohonan anda akan dipulangkan semula kepada pemohon di dalam portal dengan status Return jika maklumat dan lampiran dokuman permohonan anda didapati tidak betul, tepat dan jelas dan anda boleh menghantar semula permohonan anda (peluang Return ini diberikan sekali sahaja bagi setiap permohonan). Sekiranya maklumat dan lampiran permohonan masih tidak betul, tepat dan jelas pada permohonan yang dihantar semula, permohonan tersebut akan digagalkan dan pemohon hendaklah membuat permohonan yang baru. Walaubagaimapun, terdapat permohonan gagal yang tidak boleh dipohon semula dengan sebab-sebab seperti berikut:
  1. Pemohon telah mendapat tajaan/pinjaman daripada pihak lain
  2. Permohonan pengajian di IPT yang tidak tersenarai salah satu Panel Pusat Pengajian LZS
  3. Umur pemohon melebihi umur maksimum yang dibenarkan iaitu 25 tahun ketika permohonan dibuat
  4. Pengajian adalah mod separuh masa (kecuali bagi Program Pengajian Islam bagi asnaf Muallaf di Open University)
  5. Tahap/peringkat pengajian adalah berulang/sama tahap
  6. Program pengajian yang dipohon tidak ditaja oleh LZS
  7. Tidak tersenarai sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf ketika permohonan dihantar
  8. Semester/tahap pengajian yang tidak ditaja oleh LZS
[/fruitful_tab] [fruitful_tab title="12. Apa yang saya perlu lakukan jika terlupa kata laluan? "] Pemohon boleh membuat pengemaskinian semula Kata Laluan dengan menekan butang LUPA KATA LALUAN? di Portal Pendidikan dan masukkan emel pemohon serta ikuti langkah-langkah seterusnya. Langkah ini boleh di rujuk di dalam Manual Pengguna Pemohon di Portal Pendidikan. Kata Laluan sementara akan dihantar ke emel pemohon untuk log masuk ke portal dan seterusnya pemohon boleh membuat pengemaskinian semula Kata Laluan. [/fruitful_tab] Pemohon boleh membuat permohonan pada bahagian Bantuan > Permohonan dan Rekod Bantuan > Permohonan Baru dan langkah seterusnya boleh dirujuk di Manual Pengguna Pemohon di Portal Pendidikan. Pemohon hendaklah melengkapkan semua maklumat dan lampiran dokumen yang diperlukan dengan betul setiap bahagian berikut sebelum menghantar permohonan:
  1. Maklumat Pendidikan
  2. Maklumat Bantuan
  3. Lampiran Dokumen
Tempoh kelulusan permohonan ini adalah bedasarkan kepada jumlah yuran sepanjang pengajian yang dipohon merujuk kepada kategori berikut:
  1. Jumlah yuran sepanjang pengajian < RM10,000 – 6 hari bekerja
  2. Jumlah yuran sepanjang pengajian < RM50,000 – 8 hari bekerja
  3. Jumlah yuran sepanjang pengajian < RM100,000 – 10 hari bekerja
  4. Jumlah yuran sepanjang pengajian >RM100,000 – 16 hari bekerja
Setelah permohonan diluluskan, pemohon boleh mencetak surat tajaan BDPT dan pelajar boleh mendaftar ke IPT sebagai pelajar tajaan LZS. Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pemohon dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas pemohon bersetuju meneriwa tawaran penajaan BDPT LZS di Portal Pendidikan. Pemohon diberikan tempoh masa lima (5) hari bekerja untuk menerima/menolak tawaran. Permohonan akan automatik digagalkan jika tiada sebarang jawapan ke atas tawaran BDPT yang melebihi tempoh tersebut. Tidak boleh. BDPT ini tidak boleh dipohon semula setelah pemohon menolak tawaran tajaan kerana pemohon yang menolak tawaran dikira tidak berminat atau telah mendapat tawaran pinjaman/tajaan pihak lain. Ya. Bagi pemohon yang mempunyai sebab yang munasabah/kritikal, mereka boleh membuat rayuan untuk pertukaran IPT/Program Pengajian di Portal Pendidikan. Pemohon hendaklah menekan butang TUKAR PENGAJIAN pada permohonan yang terlibat dan ikuti langkah seperti di dalam Manual Pengguna. Rayuan pertukaran ini hanya dibenarkan sekali sahaja dengan mengikut syarat yang ditetapkan LZS. Ya. Pemohon akan diberikan notifikasi melalui emel bagi setiap jenis aktiviti seperti berikut:
  1. Notifikasi pendaftaran kali pertama berjaya
  2. Notifikasi permohonan Lupa Kata Laluan
  3. Notifikasi permohonan diluluskan
  4. Notifikasi permohonan dipulangkan (Return)
  5. Notifikasi permohonan digagalkan
Tidak boleh. Pemohon dinasihatkan agar membuat pendaftaran dan permohonan bagi diri sendiri. Pihak LZS tidak akan bertanggungjawab di atas segala kesilapan/kesalahan maklumat/lampiran dokumen yang boleh menyebabkan permohonan anda gagal kesan daripada menggunakan pihak ketiga bagi tujuan tersebut. Sebarang pertanyaan dan panduan, pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.

Muat Turun Dokumen Rujukan

BilDokumenMuat Turun
1User Manual Portal Pendidikan LZS Muat Turun
2Senarai ILKA Panel LZS Muat Turun
3Senarai IPTS dan ILKS Panel LZS Muat Turun